Dari dulu lagi rangkaian produk Safi menjadi pilihan popular di kalangan wanita Malaysia. Tidak terkecuali Safi Youth Gold Retinol Skin Refining Light Miracle Essence juga yang banyak memberi manfaat dalam rejim penjagaan kulit. Layaklah produk ini dipilih sebagai Esen Anti-Penuaan Ikonik, ia menaik taraf rejim penjagaan kulit anda ke peringkat ‘gold standard’.
Hari ini rata-ratanya wanita menjalani kehidupan yang amat sibuk. Membahagi masa antara kerjaya dan urusan peribadi termasuklah mengurus hal keluarga bagi yang sudah beruamahtangga. Situasi ini membuatkan ruang masa agak terbatas, dan ramai juga yang terkejar-kejar untuk memenuhi tuntutan kerjaya, keluarga dan diri sendiri.
Dan dalam kesibukan memenuhi keperluan ini adakalanya ia boleh menjadi punca kepada beberapa situasi yang akhirnya memberi kesan kepada masalah kulit. Stres atau tekanan misalnya, secara jelasnya antara faktor yang membuat wajah kelihatan tidak bermaya dan kusam. Tiada masa yang cukup untuk berehat (tidak cukup tidur misalnya) juga menjadi punca wajah tampak letih (fatigue). Dan bila sudah sibuk dengan urusan harian, masa untuk membelai diri juga amat terbatas. Tidak ramai wanita yang punya privilege atau keistimewaan untuk memanjakan diri setiap hari dek kekangan masa.
Jadi, apa solusi yang wanita ada hari ini dalam membelai kulit mereka agar sentiasa nampak segar, berseri-seri dan tampak muda selalu? Mereka memerlukan sesuatu yang ringkas, rejim penjagaan kulit yang pantas dan paling penting mestilah berkesan. Safi Youth Gold Retinol Skin Refining Light Miracle Essence adalah noktah pencarian anda. Ia diformulasi dengan kuasa transformatif retinol, peptida emas serta squalane yang berkuasa untuk mengembalikan keremajaan kulit anda.
Apa yang kita dapat dengan aplikasi esen ini? Ia punya kebaikan bermacam-macam, dari mencerah hinggalah memuluskan tekstur kulit. Safi Youth Gold Retinol Skin Refining Light Miracle Essence juga bertindak untuk memudarkan garis-garis halus selain mengembalikan keanjalan kulit. Semua ini bukan sekadar omongan kosong, ia terbukti secara klinikal dalam masa 14 hari!
Teknologi Retinol tiga kali bertindak secara sinergi untuk mempertingkatkan gilir ganti sel kulit, mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, mencerahkan kulit sehingga 75% selepas satu minggu penggunaan.
Ia juga terbukti secara saintifik dapat menguatkan lapisan kulit dalam masa tiga hari. Pendekatan pelbagai aspek ini memastikan kestabilan dan daya ketahanan yang lebih baik berbanding retinol konvensional. Dan lazimnya produk yang mengandungi retinol harganya agak tinggi tetapi tidak bagi Safi Youth Gold Retinol Skin Refining Light Miracle Essence, harganya mampu milik.
Kandungan 98% peptida emas pula membantu memperbaiki keanjalan kulit, menjadikan tekstur lebih halus dan mengurangkan kedalaman kedutan. Peptida emas dikenali dengan manfaat anti-penuaan dalam menggalakkan penghasilan kolagen dan daya tahan kulit (skin barrier) secara menyeluruh.
Squalane yang diperolehi daripada tebu adalah agen penghidratan yang membantu menyuburkan kulit, melembut serta meningkatkan tahap penghidratan kulit.
Adakah anda risau menggunakan retinol? Usah risau, esen ini adalah hipoalergenik serta terbukti secara klinikal untuk melega dan mengurangkan ketidakselesaan kulit, menjadikan ia pilihan selamat untuk anda yang berkulit sensitif mahupun normal dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Ciri-ciri ini menjadikan Safi Youth Gold Retinol Skin Refining Light Miracle Essence ikonik di dalam penjagaan anti-penuaan kulit. The Gold Standard of Skincare yang perlu anda cuba! Diuji secara Klinikal oleh Pakar Dermatologi, 100% bersetuju kulit lebih mulus, kedutan mendalam dan garis halus berkurang! Dengan formulasi bahan terunggul, rangkaian ini dapat memperbaharui sel kulit dengan cepat ketika merawat kulit. Paling penting produk ini juga dijamin halal.
Selepas dua minggu penggunaan anda akan rasai banyak perubahan pada kulit, wajah kembali segar dan berseri-seri. Klik pautan INI untuk menerokai kehebatan rangkaian Safi yang lain.