Gambar-gambar selebriti Malaysia sewaktu kecil bukan sahaja mengimbau nostalgia, tetapi juga menceritakan perjalanan mereka menjadi bintang terkenal, menonjolkan kecomelan dan pesona awal yang pasti mencuit hati peminat Setia
Media sosial kini dibanjiri dengan pelbagai trend yang membangkitkan nostalgia, dan salah satu yang paling mencuri perhatian adalah TikTok “Forever Young.” Meskipun trend ini menampilkan gambar selebriti sewaktu remaja, Kali ini, EH! ingin membawa anda menyelusuri satu perjalanan yang lebih mendalam, memaparkan kecomelan dan pesona semulajadi selebriti Malaysia sebelum mereka menjadi bintang terkenal.
Dengan menghidupkan kembali kenangan manis dari masa lalu, kita dapat melihat bahawa aura bintang mereka sudah mula bersinar sejak usia muda. Jadi, mari, kita intai siapa selebriti yang tersenarai dalam koleksi nostalgia ini.
Tujuh Potret Selebriti Malaysia Sewaktu Kecil;
1. Fazura
Nur Fazura atau Fazura pernah mencuri perhatian ramai dengan sekeping gambar zaman kanak-kanaknya di Instagram. Pada usia 12 tahun, Fazura sudah menunjukkan aura bintang, lengkap dengan penampilan bergaya dalam baju Chanel. Gambar ini turut disertakan dengan caption, “Sunday humor. Nur Fazura, aged 12. Model katanya. Masa ni belum kenal @kfbongmakeup dan @ckayliow. 🆘 Thanks for the pic! @corrinahjabdu”. Jadi, tidak hairanlah gambar tersebut mendapat ribuan tanda suka dan komen yang memuji kecantikannya sejak kecil.
2. Scha Al-Yahya
Dikenali dengan gaya fesyennya yang sentiasa on-point, Scha Alyahya juga di antara selebriti Malaysia yang sering berkongsi gambar-gambar zaman kanak-kanaknya di Instagram miliknya. Salah satu potret yang menarik perhatian adalah gambar Scha sewaktu kecil bersama ayah saudaranya, Syed Sobrie, seorang penyanyi terkenal dari era 80-an.
3. Nadhir Nasar
Nadhir Nasar, pelakon muda yang semakin mencipta nama dalam industri hiburan Malaysia, pernah berkongsi gambar sewaktu kecil yang diambil ketika di tadika. Meskipun tanpa senyuman, gambar tersebut tetap menyerlahkan keperibadian Nadhir yang tenang dan bersahaja. Keunikan ekspresi wajahnya yang penuh karakter sejak kecil telah berkembang menjadi daya tarikan utama di layar perak, menjadikan Nadhir sebagai salah seorang bintang yang paling digemari oleh generasi baru.
4. Kilafairy
Siapa sangka potret comel ini adalah milik penyanyi dan pelakon Kilafairy. Wajah manis dan menawannya sudah terlihat sejak kecil, meskipun tanpa senyuman. Potret ini bukan sahaja membuktikan bahawa kecantikan Kilafairy sememangnya asli, tetapi juga menunjukkan bahawa pesonanya telah wujud sejak usia muda. Dari dulu hingga sekarang, Kilafairy terus memikat hati ramai dengan kecantikan yang dimilikinya.
5. Akim Ahmad
Sekali imbas, wajah penyanyi dan penulis lagu Akim Ahmad ini seolah-olah tidak tumpah seperti anak perempuannya. Akim pernah berkongsi gambar pasport dari zaman kanak-kanaknya, di mana dia kelihatan comel dalam baju putih dan potongan rambut bang. Potret ini tidak hanya menonjolkan sisi polos dan manisnya ketika kecil, tetapi juga menyerlahkan persamaan yang jelas antara dia dan anak perempuannya, menjadikan gambar ini satu kenangan yang sangat istimewa.
6. Zahirah Macwilson
Pelakon cantik ini sering berkongsi momen dan gambar dari zaman kanak-kanaknya, Salah satu gambar yang mencuit hati adalah potretnya sewaktu kecil, di mana dia kelihatan ceria dan manis dalam gaun merah jambu dan kaca mata hitam. Senyumannya yang tulus jelas sudah jelas bersinar sejak usia muda dan kini telah berkembang menjadi daya tarikan utama di layar perak.
7. Tiz Zaqyah
Tiz Zaqyah memuat naik gambar throwback sewaktu kecil bersama neneknya dengan caption yang penuh makna, “🌹 I could only dream of you since 2002.” Gambar tersebut bukan sahaja memperlihatkan kehangatan hubungan dan perasaan rindu antara Tiz dan neneknya, tetapi juga mengimbau kembali kenangan manis dari zaman kanak-kanaknya.
Artikel Berkaitan: