Facetheory, satu jenama penjagaan kulit yang mungkin baharu bagi pengguna di Malaysia. Tetapi tidak pula di United Kingdom. Tahun 2022 merekodkan sejarah luar biasa buat jenama ini apabila ditabalkan sebagai salah satu produk penjagaan kulit yang paling dicari di internet sekaligus menjadikan produk Facetheory tular di kalangan beauty junkie. EH! berpeluang menemubual Marc Gallagher, Ketua Pegawai Pemasaran Facetheory.
Hari ini, terdapat banyak jenama yang mendakwa produk mereka “clean”. Bagaimanakah anda mentakrifkan produk “clean”?
Soalan yang bagus! Bagi kami, produk “clean” itu bermakna mengelakkan penggunaan bahan kimia berbahaya dan sintetik yang merosakkan. Ini merangkumi penggunaan bahan-bahan yang selamat, berkesan dan dari sumber yang bertanggungjawab. Di Facetheory, kami berbangga kerana kami bersikap jujur dan jelas tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam produk kami sekaligus emmastikan ia berkesan dan baik untuk kulit serta dalam masa yang sama juga mesra alam. Ini semua tentang kecantikan yang anda boleh rasai nikmatnya!
Jika pelanggan memutuskan untuk mencuba rangkaian penjagaan kulit baharu yang belum pernah mereka cuba, mengapa mereka harus memilih Facetheory?
Oh, macam mana harus saya terangkan ya? Facetheory adalah sebuah jenama yang menggabungkan formulasi berkuasa, disokong oleh kemajuan sains dan harganya pula mampu milik. Produk kami direka dan dihasilkan dengan mengambil kira hasil sebenar dan kami komited terhadap amalan beretika. Selain itu, kami menawarkan kepelbagaian luar biasa yang memenuhi kehendak semua jenis kulit dan isunya sekaligus memudahkan untuk mana-mana pengguna mencari produk yang sesuai. Percaya pada produk kami, dan kulit anda pasti berterima kasih atas keberkesanannya.
Berdasarkan artikel yang saya baca tentang Facetheory, ia adalah salah satu jenama penjagaan kulit indie yang paling dicari di United Kingdom pada tahun 2022. Pada pendapat anda, apakah kebimbangan kulit utama yang kebanyakan pengguna cari di internet? Adakah kebimbangan ini berubah mengikut arah aliran, produk viral atau faktor lain?
Semestinya! Antara concern utama yang sering dicari pengguna ialah merangkumi hal penghidratan, anti-penuaan, dan penyelesaian jerawat. Walaupun trend pasti boleh mencetuskan minat terhadap bahan atau produk tertentu, isu asas kulit konsisten. Pengguna ingin memiliki kulit yang sihat dan berseri, dan kami sedia membantu untuk menjawab segala persoalan serta timbunan informasi yang mungkin akan membuatkan mereka keliru.
Boleh namakan tiga produk Facetheory yang kamu rasa patut semua orang cuba?
Okey yang pertama ialah Glow-C Cream Cleanser. Ini antara yang kesukaan peminat Facetheory kerana ia membersihkan kulit dengan lembut dan menjadikan kulit lebih berseri dan terasa segar.
Kedua, Hyaluronic Acid 2% Plumping Serum. Siapa yang tak mahukan kulit yang terhidrat sempurna? Serum ini tak ubah seperti minuman pada kulit kamu. Teksturnya ringan, menyubur dan pastinya berkesan dalam mencipta kulit lembap dan anjal.
Dan yang ketiga ialah Peptide Firming Eye Cream. Ia berkesan dalam melakukan magis pada garis halus dan lingkaran gelap bawah mata. Membuatkan kamu nampak segar-bugar biarpun anda tidur lewat sebab leka menonton siri hingga larut malam.
Himpunan Facetheory kini boleh didapati secara dalam talian dan di stor kecantikan Sephora.
BACA: #EHksklusif 15 Foto Belakang Tabir Kempen Terbaru Chanel N°5