Setelah mengharungi tahun yang sibuk, apa kata kita berhenti sejenak untuk memberikan perhargaan pada diri sendiri dan raikan kecantikan diri dengan produk eksklusif yang mampu menyerlahkan seri wajah dan memberikan keyakinan baru di musim percutian tahun ini.
Musim percutian merupakan waktu terbaik untuk manjakan diri bukan? Tahun ini, EH! teruja untuk berkongsi senarai pilihan beberapa koleksi kecantikan eksklusif yang telah membuatkan kami jatuh cinta sejak pandang pertama.
Jika anda juga ingin tampil menawan dan glowing di penghujung tahun ini, mari bersama-sama EH! terokai koleksi kecantikan pilihan yang akan menjadikan musim percutian anda lebih berseri, penuh gaya, dan tentunya lebih bermakna.
1. Paula’s Choice – 7 Days of Glow Advent Calendar
Paula’s Choice kali ini benar-benar memahami apa yang kita mahukan iaitu kulit yang berseri sepanjang musim percutian. 7 Days of glow advent calendar ini bagaikan hadiah kecil setiap hari, dengan tujuh produk penjagaan kulit pilihan yang membantu menjaga kelembapan, menyingkirkan sel kulit mati, dan buat kulit jadi lebih segar dan anjal. Kalendar ini sangat sesuai jika anda yang mahu mulakan rutin penjagaan kulit baru atau tambah produk-produk yang boleh boost seri wajah.
2. Biossance – Limited Edition Trio Get Glowing
Biossance sangat mementingkan ramuan semula jadi. Dalam koleksi percutian mereka, Get Glowing Trio ini menggunakan squalane sebagai bahan utama yang terkenal dengan keupayaan melembapkan kulit tanpa rasa melekit. Trio ini mempunyai squalane + copper peptide rapid plumping serum yang buat kulit nampak lebih anjal. Ini juga boleh dijadikan hadiah yang ideal untuk sahabat anda yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan produk kecantikan.
3. Bobbi Brown – City Lights Holiday Collection
Bobbi Brown tidak pernah gagal dengan koleksi holiday mereka. Kali ini, City Lights Holiday Collection benar-benar mengajak kita untuk bersinar. Dual-ended long wear cream shadow stick set mempunyai lima rona edisi terhad dan sangat senang untuk dibawa ke mana-mana dan tidak mudah pudar. Jika anda peminat lipstik, Luxe lipstick dari koleksi ini adalah item must-have, warna yang tahan lama dan buat bibir nampak lebih mewah.
4. DECORTÉ – White Bliss Collection
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih elegan, DECORTÉ hadir dengan white bliss collection yang menampilkan bahan utama ekstrak peony putih. Ini adalah koleksi penjagaan kulit yang kaya dengan kelembapan dan hadir dalam rekaan indah seolah-olah taman bunga putih. Dalam koleksi ini, liposome advanced repair lip serum dan AQ absolute radiant skincare coffret menjadi pilihan untuk memanjakan kulit pada musim ini.
5. Anastasia Beverly Hills – Holiday Collection
Rasanya, setiap kali Anastasia Beverly Hills keluarkan palet eyeshadow, pasti wajib untuk di cuba. Tahun ini, mereka tampil dengan mini spice eyeshadow palette yang sesuai untuk mood musim luruh. Rona-rona earthy seperti coklat pasti akan membuat mata nampak lebih menawan. Saiznya yang kecil dan sesuai untuk dibawa ke majlis hujung minggu atau sekadar ingin touch up dan menjadi item wajib ada dalam tas tangan anda.
6. NARS – The ‘24 Karat Collection
Siapa yang tidak suka kilauan emas untuk perayaan? NARS kali ini mempersembahkan The ‘24 Karat Collection yang mewah dengan sentuhan emas pada setiap produk. Bukan saja cantik sebagai hadiah, tetapi koleksi ini juga buatkan rutin mekap harian terasa lebih istimewa dan eksklusif. Sempurna untuk tampak menawan sepanjang musim percutian ini.
7. M·A·C – Gift of Gold Collection
M·A·C Cosmetics menghadirkan koleksi Gift of Gold dengan sentuhan kilauan emas untuk setiap produk dalam koleksi percutian mereka. Koleksi ini merangkumi produk seperti tiny treasures mini lip duo dan juga set lipstik mini dalam warna eksklusif, sesuai untuk hadiah atau untuk menambah koleksi peribadi. Menariknya, setiap produk didatangkan dalam kemasan yang elegan, memberikan sentuhan glamor.
8. SK-II – SK-II Arcade Holiday Giftbox
SK-II menyajikan pengalaman baharu dengan PITERA, di mana mereka memperkenalkan SK-II Arcade dengan Holiday Limited Giftbox yang dihiasi pouch suede merah dan pilihan produk ikonik SK-II. Koleksi ini menyajikan facial treatment essence dan beberapa produk mini yang membantu transformasi kulit menjadi lebih bersih dan bercahaya, ideal untuk penggemar kecantikan yang mencari produk berkualiti tinggi.
9. Aesop – Limited Edition Gift Kits
Tahun ini, Aesop mengambil inspirasi daripada filem dalam rekaan kotak hadiah mereka. Setiap kotak direka dengan unsur sinema yang unik, menampilkan produk-produk tangan dan tubuh yang disusun khas untuk musim perayaan. Dengan set “Screen” mereka, pelanggan juga boleh mencipta set peribadi di kedai untuk pengalaman yang lebih istimewa.
10. Shiseido – Holiday Collection
Koleksi ini adalah hasil kolaborasi bersama studio Ryukobo yang terkenal dengan seni sulaman Kumihimo tradisional Jepun. Koleksi ini mengandungi produk-produk ikonik Shiseido dalam rekaan yang menghargai budaya serta kecantikan tradisional, termasuk set premium untuk mencipta kulit yang sihat dan muda, serta set perlindungan matahari yang menyediakan perlindungan optimum. Jika anda mahu sesuatu yang tak hanya indah di luar, tetapi juga beri kesan mendalam pada kulit, koleksi ini adalah untuk anda.
Artikel Berkaitan: 10 Produk Kecantikan Pilihan EH! Oktober Ini