Baru sahaja dilancarkan di Malaysia, saya terus jatuh cinta dengan Make Over selepas mencubanya seharian dan ini produk pilihan Make Over yang anda patut cuba.
Apabila saya ketahui jenama kosmetik profesional, Make Over akan memasuki pasaran kecantikan di Malaysia, saya cukup teruja untuk memasukkannya dalam Beauty List!
Awal pengenalan tentang Make Over ini, saya sudah mengetahui rangkaian kecantikan ini sejak tahun lepas, sewaktu berada di Jakarta. Pada awalnya, saya cukup tertarik dengan visual grafik dan bentuk reka produk yang minimalis dan menangkap mata. Lalu saya mencuba salah satu produknya dan terus memasukkannya dalam tas tangan dibawa pulang ke Malaysia. Sehingga kini, saya masih menggunakannya dan ia adalah produk “worth the money”!
Dan kini, meluaskan sayap kecantikkan di Malaysia, saya berpeluang untuk mencuba memakai produk Make Over seharian dan ini antara reviu jujur tentang produk kecantikan manufaktur komestik terbesar di Indonesia.