Konsert bukan sekadar tentang muzik, tetapi tentang pengalaman yang memukau dari setiap sorakan dan melodi. Untuk memastikan penampilan anda setanding dengan kehebatan muzik, pastikan solekan anda tahan lama sepanjang malam dari sorakan pertama hingga lagu terakhir walaupun dalam suasana yang penuh tenaga, peluh, dan penuh sorakan!
Konsert merupakan tempat dan peluang untuk menunjukkan penampilan paling on-point! Sama ada anda peminat setia yang tidak akan lepaskan peluang menyanyi setiap bait lirik, atau sekadar mahu menikmati suasana sambil dikelilingi lampu neon yang memukau, menghadiri konsert adalah pengalaman yang penuh dengan tenaga, sorakan, dan momen yang tidak dapat dilupakan.
Namun, dengan suasana panas, peluh, dan pergerakan tanpa henti, cabaran terbesar adalah memastikan solekan anda kekal sempurna sepanjang malam.. Tiada siapa mahu mengalami momen dimana foundation yang crack, eyeliner yang smudge, atau bibir yang hilang warna sebelum lagu terakhir dimainkan. Jadi, untuk tampil flawless sepanjang malam, ikuti tip solekan dari EH! ini untuk memastikan solekan anda kekal on-point! dan segar sepanjang konsert berlangsung.
1. Pemilihan Foundation
Satu perkara yang paling penting untuk memastikan solekan tahan lama adalah pemilihan foundation yang tepat. Jika anda mahukan kulit yang flawless sepanjang malam, pastikan anda memilih foundation dengan formula long-wearing atau matte finish yang dapat menahan minyak di tengah-tengah suasana panas dan berpeluh. Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, pastikan anda set solekan dengan bedak lut sinar untuk hasil yang lebih matte dan tahan lebih lama.
Produk Pilihan EH!
2. Produk Kalis Air
Tiada yang lebih mengecewakan daripada eyeliner yang smudge atau maskara yang melekat di bawah mata, lebih-lebih lagi ketika anda sedang seronok menikmati konsert. Dengan peluh dan haba yang berpanjangan, pastikan anda memilih eyeliner dan maskara waterproof untuk memastikan mata anda kekal tajam dan segar sepanjang malam. Ini bukan hanya mengelakkan smudging atau panda eyes, tetapi juga memastikan penampilan anda tetap terjaga. Jika mahu lebih glam, pilih eyeliner dengan shimmer atau glitter untuk memberi extra sparkle di bawah lampu konsert, menjadikan mata anda lebih memikat dan penuh drama.
Produk Pilihan EH!
3. Gincu Bibir
Untuk bibir yang sempurna dan tahan lama, mulakan dengan lip liner untuk membentuk kontur bibir yang lebih jelas dan kemas sebelum mengaplikasikan gincu. Pilih gincu jenis matte atau long-wear untuk memastikan bibir anda kekal bold sepanjang malam. Warna berani seperti merah, burgundy, atau berry memberikan kesan dramatis dan menyerlah di bawah cahaya konsert. Jika inginkan sesuatu yang lebih elegan, warna nude pula memberikan kesan minimal dan santai, sesuai dengan apa jua gaya yang anda pilih.
Produk Pilihan EH!
4. Set Dan Lock Solekan Anda
Selepas selesai, pastikan hasil solekan anda kekal sempurna dengan setting powder untuk mengawal minyak dan memastikan kulit kekal matte sepanjang malam. Seterusnya, semburkan setting spray untuk memberi perlindungan tambahan, mengunci solekan anda walaupun dalam keadaan berpeluh. Bagi anda yang mempunyai kulit wajah yang mudah berminyak, pilih setting spray dengan formula matte untuk memastikan penampilan kekal segar tanpa kilat atau bercapuk. Dengan dua langkah mudah ini, solekan anda akan kekal flawless dan tahan lama sepanjang malam.
Produk Pilihan EH!
5. Bawa Mini Touch-Up Kit
Walaupun anda sudah mengikuti kesemua tip solekan yang di atas, jangan lupa untuk langkah berjaga-jaga. Bawa mini touch-up kit untuk sebarang perubahan cuaca atau keadaan. Kadang-kadang, walaupun solekan sudah sempurna, situasi panas atau berpeluh boleh mengubah keadaan. Jadi, sentiasa bawa blotting paper, bedak kompak dan gincu untuk memastikan penampilan anda kekal segar sepanjang konsert. Dengan persediaan yang betul, anda pasti tampil on0-point! sepanjang malam tanpa risau.
Produk Pilihan EH!
Artikel Berkaitan: Insomniacks, Feby Putri & Ramai Lagi Bakal Beraksi Di One Love Music Festival