Jika anda ingin menikmati sajian yang memuaskan bersama orang tersayang, “Hidang” di FLOCK, W Kuala Lumpur adalah destinasi sempurna.
FLOCK, restoran di W Kuala Lumpur, terkenal dengan menu Pan-Asian grill yang menggunakan bahan organik dan memberi penekanan kepada amalan masakan lestari. Lokasi ini bukan sahaja menawarkan makanan yang enak, tetapi juga suasana moden yang sesuai untuk pelbagai acara.
Memperkenalkan pengalaman makan yang ikonik “Hidang” – satu acara kulinari yang menggabungkan pelbagai hidangan unik yang direka khas untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.
Jadikan “Hidang”, W Hotel pilihan anda untuk mencipta kenangan istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan!
Keistimewaan HIDANG
Hidang adalah pengalaman makan keluarga dengan sajian gaya Pan-Asian grill yang menjadi keistimewaan FLOCK, tetapi kali ini dengan sentuhan unik masakan Melayu. Para chef telah mencipta hidangan yang penuh dengan rasa seperti masakan rumah, menghidupkan semangat kasih sayang dalam setiap sajian.
Pilihan Menu yang Menggoda
Para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai pilihan makanan yang menggoda. Antaranya ialah:
- Pembuka Selera: Char Edamame Ponzu, Spicy Salmon Maki Rolls, atau Organic Kolrahbi Kerabu.
- Hidangan Utama: Lemongrass Organic Spring Chicken Spatchcock, Grill-Smoked Hamachi Kama, atau Roasted Duck Breast.
- Pencuci Mulut: Chocolate Banana Mas Filo, Caramel Figs Cheesecake, atau Durian Parfait
Semua hidangan ini disiapkan dengan teliti untuk memberikan pengalaman makan yang memuaskan. Anda boleh memilih pakej untuk dua, empat, atau lapan orang dengan harga masing-masing MYR 298+, MYR 588+, dan MYR 1,088+.
Maklumat Tempahan
Hidang diadakan setiap hari dari jam 6 petang hingga 10 malam di FLOCK, tingkat 8, W Kuala Lumpur. Tempahan awal diperlukan dan anda boleh membuat tempahan melalui e-mel di bf.wkualalumpur@whotels.com atau menghubungi WhatsApp +60 12 347 9088.
Baca : Terokai Brunch Di Flock Sunday Brunch, W Hotel Kuala Lumpur