Model popular zaman 90an, Zahnita Wilson mencuri tumpuan orang ramai menerusi perkongsian foto di Instagram miliknya yang memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Zahnita Wilson ialah seorang model, pelakon dan personaliti terkenal di Malaysia pada tahun 90an, beliau sering mencuri tumpuan kerana kecantikan serta aura elegannya yang tersendiri.
Memulakan kerjayanya sebagai model dan segera mencipta nama di pentas peragaan tempatan, keanggunannya beliau jelas terserlah walaupun kini berusia 39 tahun.
Di sebalik konflik rumah tangga, Zahnita sering menonjolkan sisi positif melalui media sosialnya. Ini 5 perkara tentang Zahnita Wilson:
1. Pensyarah Management & Science University di Shah Alam
Zahnita pernah bergelar pensyarah di sebuah institut swasta, Management & Science University di Shah Alam dalam bidang fesyen.
2. Nikah Usia Muda
Disaat kariernya kemuncak dan popular, Zahnita bertemu jodohnya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor dan berkahwin pada tahun 2005. Mereka kini memiliki empat anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki hasil perkahwinan selama 20 tahun.
3. Pan-Asia
Berketinggian 170cm+, Zahnita memiliki rupa paras Pan-Asia, berdarah kacukan Melayu dan New Zealand. Dan beliau dilahirkan pada 24 April 1985 di New Zealand. Keunikan wajah dan penampilan uniknya membuatkan Zahnita sering dianggap sebagai ikon fesyen pada zaman 90-an.
4. Pelakon
Selain model, beliau turut membintangi beberapa filem dan drama tempatan, memperlihatkan kebolehannya sebagai pelakon yang berbakat. Antaranya, Kuliah Cinta dan Gila-Gila Pengantin Remaja pada tahun 2004.
5. Humble Pie
Kini, Zahnita lebih fokus kepada perniagaan makanan, mengendalikan jenama “Humble Pie” yang menawarkan pai dengan resipi warisan keluarganya. Sehingga kini, Zahnita menerima 3000 tempahan daripada peminat yang menyokong tindakannya terhadap isu rumah tangga.
Baca : #EHTOP25 Mimi Lana