EH! memilih 10 item menarik dari koleksi kapsul Kate Spade sempena bulan merai cinta.
Sempena menjelangnya hari merai kekasih, Kate Spade melancarkan koleksi kapsul untuk meraikan perhubungan dan juga persahabatan. Himpunan yang didominasi warna yang sinonim dengan cinta seperti merah dan merah samar ini lengkap dari aksesori, tas tangan, persalinan dan juga sepatu.
Deco Crossbody Tote, RM1,950.00
Tas tangan yang elegan, dan saya sukakan warnanya. Sesuai juga dijadikan tas tangan ke pejabat dan hujung minggu.
Luver Faux Fur Large Heart Tote, RM1,600.00
Ini beg yang paling menangkap mata. Ada dua saiz dan yang paling besar ini menjadi kesukaan saya. Selain warna merah yang menangkap mata, saiznya juga sangat praktikal dan gaya yang tersendiri.
Key To My Heart Manhattan Mini Tote, RM1,600.00
Ada warna merah dan hitam, tas tangan ini paling sesuai untuk mengisi item asas seperti telefon bimbit, kad dan kunci kereta. Sebatang gincu dan bedak untuk touch up juga masih punya ruang.
Heart You Enamel Hinged Bangle, RM480
Untuk menghias pergelangan tangan yang bakal menyambut jambangan bunga, berpegangan erat dengan tangan si dia, dan siapa tahu bakal menjadi saksi si dia menyarung cincin melamar kamu. Oh siapa tahu kan?
Heart You Statement Studs, RM590
Merah itu cinta, subang ini pastinya menjadi saksi renungan mata nan tepat si dia ke arah kamu.
Heart Tee, RM520
My personal favourite. Baju-T yang boleh dipadankan dengan seluar, skirt, denim atau apa saja yang kamu suka. Versatil!
Jeweled Crepe Shift Dress
Tolak tepi little black dress, gantikan dengan merah samar ini untuk makan malam nanti. Sweet!
K as in Sneakers, RM950
Sniker yang ringan dan masih ada gaya.
Lover Patent Slingback Flats (Cherry Rouge)
Sapatu dengan simbol hati, dan warna merah ini memang buat gaya anda terimbang antara santai, chic namun ada statement. Juga ada pilihan dalam warna hitam.
Devin Pixel Hearts Coin Card Case Wristlet, RM680
Buat mengisi kad dan duit, corak hati dalam gaya piksel itu memang comel.
Key To My Heart Wrislet, RM820
Chic and cute! I just love this, harapnya kamu juga suka.