Pada pertunjukan separuh masa Super Bowl LIX pada 9 Februari 2025 di Caesars Superdome, New Orleans, Kendrick Lamar dan SZA memukau penonton dengan persembahan memukau dan gaya fesyen yang unik.
Kendrick Lamar mencipta sejarah sebagai artis hip-hop solo pertama yang menjadi penampil utama dalam pertunjukan separuh masa Super Bowl LIX di Caesars Superdome, New Orleans, dengan mempersembahkan lagu-lagu seperti “Squabble Up”, “Humble.”, “DNA.”, “Euphoria”, dan “Man at the Garden” dalam sebuah persembahan yang penuh simbolisme sosial, disertai oleh SZA untuk lagu “Luther” dan “All the Stars”, serta penampilan khas Serena Williams, sementara kontroversi timbul apabila beliau tetap membawakan lagu “Not Like Us” walaupun terdapat amaran undang-undang daripada Drake, menjadikan persembahan ini bukan sahaja satu tontonan muzik yang epik tetapi juga satu kenyataan budaya yang mendalam.
Kedua-dua artis ini menggunakan fesyen sebagai medium untuk mengekspresikan identiti muzik mereka, menambahkan dimensi visual yang mendalam kepada persembahan mereka di pentas global.
KENDRICK LAMAR
Kendrick Lamar tampil dengan gaya yang menggabungkan elemen nostalgia dan simbolisme peribadi. Beliau mengenakan flared jeans ataupun bootcut daripada jenama Celine di mana ia mengimbau era Y2K, dipadankan dengan jaket varsity kulit khusus oleh Martine Rose yang tertera perkataan “Gloria”.
Perkataan ini merujuk kepada lagu penutup dalam album terbarunya, GNX, di mana “Gloria” melambangkan keagungan seni rapnya. Selain itu, dia memakai rantai dengan loket huruf “a”, sebagai penghormatan kepada lirik dalam lagu “Not Like Us”.
SZA
SZA, yang tampil sebagai tetamu istimewa, memilih pakaian serba merah yang berani. Dia mengenakan jaket kulit merah dengan logo “Lana”, merujuk kepada albumnya pada tahun 2024. Gaya ini melambangkan semangat dan keyakinan, selaras dengan persembahannya yang bertenaga.
Baca: Raikan Cinta Bersama Koleksi Valentine’s Day Daripada Coach