Tidak perlu lagi scroll panjang di Google, cukup taip “glowy skin” atau “makeup hack” di ruangan carian TikTok, dan beribu tip dari seluruh dunia terus muncul, lengkap dengan reviu jujur dan real-time results!
Siapa sangka aplikasi yang dulunya hanya terkenal dengan tarian viral kini menjadi platform utama generasi hari ini? Dari resepi viral ke cara membuat ‘side income’, dan paling penting beauty hacks yang tak terfikir dek akal. Segalanya real-time real people dan real results
Dengan begitu banyak content yang lalu di FYP, ada beberapa yang saya rasakan berkesan untuk anda cuba. Dan ini dia 4 makeup hack TikTok yang bukan saja viral, tapi memang game-changer dalam rutin solekan harian.
1. Setting Spray Sebelum Foundation
Trik ini bukan lah benda yang baharu, ramai yang sudah mencuba dan mengakui keberkesanannya. Tetapi pada awalnya ia mencetuskan kekeliruan, kenapa pula setting spray disembur sebelum foundation, bukan di penghujung rutin seperti biasa? Rupanya, dengan menyembur setting spray sejurus selepas primer dapat membantu ‘mengunci’ kelembapan kulit, mengawal minyak berlebihan, dan membuatkan foundation melekat dengan lebih cantik dan sekata. Trik ini sangat sesuai untuk anda yang ada acara penting atau mahu solekan yang kekal on point dari pagi sehingga malam tanpa perlu touch-up berkali-kali.
@soobeauty814 Such a simple but effective hack!! #makeup #makeuptips #basemakeup
2. Lifted Blush
Jika dulu kita pakai pemerah pipi di tengah-tengah bahagian pipi, sekarang tekniknya sudah jauh berubah. Di Tiktok teknik lifted blush sangat popular dimana cara pemakaiannya dengan letakkan iba jari dan telunjuk anda di bahagian tulang pipi dan kemudian blend perlahan-lahan menggunakan sponge basah atau berus. Hasilnya akan lebih natural kelihatan sun-kissed look yang segar dan youthful, seakan baru balik bercuti di tepi pantai.
@melisekrem Lifted Blush Hack 💕 would you try this? Products: @Clinique UK chubby stick (amp’d up apple) #blush #blushhack #makeup #makeuphacks #dosanddonts
3. Bronzer & Concealer
Jika anda sering berdepan dengan masalah bawah mata kusam, garis halus atau concealer yang mudah pecah mungkin anda boleh mencuba teknik yang sangat ringkas ini tetapi mampu membuat bawah mata anda kelihatan cerah. Hanya letak bronzer powder dihujung sponge anda dan concealer, kemudian blend dibawah mata anda dan anda akan mendapat kesan brightening yang sempurna. Teknik ini akan membuat bawah mata anda nampak lebih cerah dan segar tanpa perlu sapuan tebal atau produk yang berlebihan.
@melisdoesmakeup Concealer creasing? Try this hack 🫶 creaseless under eye makeup hack for smooth, bright under eyes. Using @Huda Beauty easy bake loose powder in cherry blossom cake + @Patrick Ta Beauty bronzer in “she’s sculpted” — powder puff from @Amazon Fashion. 🌸 #undereyecircles #undereyemakeup #settingpowderhacks #settingpowder #creaselessconcealer #undereyecreasing #makeuphacks #tiktokmakeup #makeuptutorial #beautyhacks #beautyvideo #settingpowder #beautytrends
4. Reverse Contour
Kebiasaannya kita contour wajah menggunakan contour berwarna gelap, tetapi teknik reverse contour yang popular di TikTok ini membalikkan langkah ini dan hasilnya lebih segar. Caranya mudah, hanya sapukan concealer atau highlighter krim di bawah mata, atas tulang pipi, dan tengah dahi tkemudian blend sekata. Teknik ini memberi lifted effect yang lebih semula jadi, memastikan kemasan kekal rapi, sculpted, tetapi masih kelihatan soft dan natural.
@cindyruzi Yes or no what do we think??? @Hourglass Cosmetics @chanel.beauty #contouring #concealerhack #makeup #makeuptutorial #makeuphacks #contour #basemakeup #makeuptok #makeuptips #concealertutorial #hourglasscosmetics #chanelbeauty
Artikel Berkaitan: Get Ready With: Eyka Farhana Kongsi Tip Solekan Di Tiktok