Ketika mengenali seseorang, penting untuk kita lebih peka terhadap tanda-tanda awal yang mungkin menunjukkan sifat atau tingkah laku red flag.
Istilah “red flags” bukanlah sekadar frasa popular di media sosial, tetapi satu bentuk amaran yang wajar diberi perhatian, terutamanya dalam konteks hubungan romantik.
Ciri-ciri lelaki yang menunjukkan ‘red flag’ selalunya terselindung di sebalik sikap manis pada permulaan, namun lambat-laun boleh memberi kesan negatif kepada emosi, mental, dan kestabilan seseorang.
Mengenali ciri-ciri ini bukanlah bertujuan untuk menghakimi, tetapi sebagai langkah melindungi diri dan membuat keputusan yang lebih bijak dalam hubungan.
EH! senaraikan beberapa ciri utama lelaki red flags yang wajar dikenal pasti lebih awal. Ketahui lebih lanjut supaya anda tidak terperangkap dalam hubungan yang toksik!
1. Cemburu melampau & mengawal
Cemburu sedikit itu biasa, tapi jika dia mula mengawal siapa anda boleh berkawan, ke mana anda boleh pergi dan sentiasa mahu tahu lokasi anda, ps, itu adalah amaran! Sikap terlalu mengongkong ini boleh menjadi permulaan kepada hubungan toksik.
2. Tidak menghormati batas peribadi
Lelaki yang sering mendesak walaupun anda sudah menyatakan tidak selesa atau tidak bersedia, menunjukkan kurang rasa hormat terhadap sempadan dan kehendak anda. Hormat adalah asas kepada hubungan yang sihat.
3. Suka ‘gaslighting’
Jika dia sering memutar belit kenyataan anda, buat anda ragu terhadap ingatan atau perasaan sendiri, itu tanda gaslighting. Ini adalah satu bentuk manipulasi emosi yang sangat berbahaya.
4. Tidak bertanggungjawab
Si dia selalu menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri, enggan minta maaf atau tak mahu mengaku salah. Ladies, itu tanda dia tidak akan bertanggungjawab dan anda mungkin perlu pikul beban itu nanti.
5. Sering berbohong (walaupun perkara kecil)
Pembohongan, walaupun nampak remeh, mencerminkan ketidakjujuran. Jika dia boleh berbohong tentang hal kecil, apatah lagi perkara yang lebih besar?
6. Tidak konsisten & banyak alasan
Hari ini janji nak berubah, esok ulang balik kesilapan sama.
Jika dia kerap beri alasan, hilang tanpa khabar dan tidak menepati kata-kata, itu menunjukkan ketidakmatangan dalam membina komitmen.
7. Cepat panas baran
A big red flag! Sikap panas baran, mudah melenting dan sukar mengawal emosinya dan kemudian dia lampiaskan kepada anda… Ini adalah petanda bahaya. Ini boleh membawa kepada masalah keselamatan emosi dan fizikal.
8. TERLALU OBSES DENGAN DIRI SENDIRI
Lelaki yang sentiasa mahu dipuji, tidak suka dikritik dan meletakkan dirinya sebagai pusat segala-galanya mungkin mempunyai ciri narsistik.
9. Tidak hormat keluarga & rakan anda
Jika dia selalu memperlekehkan keluarga, tidak mahu berkenalan dengan kawan-kawan anda atau membuat anda menjauh daripada orang sekeliling, itu petanda dia cuba mengasingkan anda daripada sistem sokongan.