Nak main pickleball sambil jumpa selebriti & influencer?
Pickleball dah jadi the new social scene dimana ia bukan sekadar sukan, tetapi tempat untuk orang berfesyen, bersosial dan tentu sekali, memuat naik foto di Instagram yang buat kita FOMO!
Dari private club eksklusif hingga ke gelanggang terbuka, lokasi-lokasi pilihan ini selalu menjadi persinggahan selebriti dan influencer. Ada tempat siap sediakan kafe artisanal untuk lepak dan ada juga sesi celebrity meet-up yang tak dirancang.
EH! bawa anda sneak peek ke tempat-tempat pickleball paling meriah dan kerap dikunjungi selebriti serta influencer.
1. Pickle Depot
Terletak di sebuah bekas depot keretapi yang diubahsuai, Pickle Depot menghadirkan suasana urban dan artistik.
Dengan 11 gelanggang bertaraf kejohanan, ruang mezzanine dan cafΓ© yang menyajikan kopi artisan, tempat ini sering menjadi pilihan influencer untuk sesi bermain dan bekerja (co-working space tersedia).
2. Pickle Park @ Flour, Fire & Stone
Pickle Park PJ menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang luas, dilengkapi 7 gelanggang covered, lounge yang selesa dan vanity area khas untuk wanita.
Apa yang membuatkan ia lebih istimewa ialah kehadiran Flour, Fire & Stone CafΓ©, sebuah cafΓ© outdoor dengan vibe resort yang dibuka sehingga jam 1 pagi.
Sesuai untuk sesi pickleball santai bersama rakan sambil menikmati pizza kayu api atau kopi premium.
3. Oh My Belly Γ Pickle Space
Konsep unik ini menggabungkan brunch cafΓ© yang stylish dengan dua gelanggang indoor berpenyaman udara.
Reka bentuk cafΓ© yang moden menjadikannya spot OOTD sempurna, malah selepas bermain anda boleh menikmati menu sarapan lewat atau kopi latte kegemaran anda.
4. Pickle Social Club
Dikenali sebagai lokasi pickleball yang paling premium, Pickle Social Club menampilkan 8 gelanggang (4 indoor, 4 outdoor), ruang viewing deck yang luas, serta pro shop eksklusif.
Ia juga terkenal dengan suasana eksklusif yang sering menjadi pilihan pemain profesional dan personaliti terkenal.
5. Pickleball Factory
Sesuai untuk mereka yang mahu bermain dalam suasana moden dan bersih, Pickleball Factory menawarkan gelanggang indoor dan outdoor yang luas.
Di sini, anda boleh singgah ke Kaiizzo CafΓ© untuk menikmati hidangan ringan selepas sesi permainan.