Dalam siri EH! select, saya dan Ed berpeluang mencuba sendiri foundation yang sedang hangat diperkatakan Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation. Dari tekstur hingga hasil akhir, kami bongkar kenapa produk ini menjadi kegemaran ramai dan mengapa ia layak digelar Bedak Asas Litupan Ringan Pilihan EH!.
Saya yang sememangnya gemarkan solekan minimalis terus jatuh hati dengan tekstur foundation yang ringan ini. Sangat mudah diratakan dan langsung tidak melekit. Saya boleh rasa kulit saya bernafas bebas apabila menyapunya. Walaupun teksturnya lightweight ia masih memberikan liputan tampak flawless dan mampu menutup cela di wajah saya. Ed pula, berpendapat yang keistimewaan produk ini terletak pada kemampuannya yang mampu mengekalkan kelembapan pada kulit sepanjang hari. “asid hyaluronik dalam formulanya memang nampak kesan. Kulit saya yang cenderung kering kekal lembap walaupun sepanjang hari di bawah cuaca panas,” ujar Ed.
Kami turut bersetuju bahawa litupan skin tint ini sangat fleksibel dari sekadar no-makeup makeup look untuk rutin harian, hinggalah ke coverage yang mampu menyembunyikan cela dan bintik hitam tanpa kelihatan tebal pada wajah. Apa yang paling menarik, Kylie Skin Tint ini tahan lama sehingga 12 jam walau dalam cuaca tropika Malaysia yang lembap dan panas, tanpa buat kulit rasa berminyak.
Cara pemakaiannya pula ringkas dan mesra pengguna. Ed lebih suka menyapunya dengan menggunakan jari untuk kesan yang lebih natural, manakala saya pula gemar menggunakan brush atau beauty blender untuk ratakan foundation dengan lebih sempurna.
Berdasarkan pengalaman kami berdua, Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation ini bukan sekadar foundation biasa ia adalah rahsia di sebalik solekan natural, segar dan tahan lama yang menjadi impian ramai. Sesuai untuk semua jenis kulit dan kami rasakan foundation ini memang wajib ada dalam koleksi kecantikan anda untuk tahun ini.
Jom cuba sendiri dan alami kehebatan Kylie Skin Tint yang telah mendapat tempat di hati EH! dan ramai lagi pencinta kecantikan! klik pautan INI! dan tonton reviu kami di SINI
Artikel Berkaitan: EH! Best of Beauty: Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation