Pada 1 Ogos lalu, A Place Where by APW, Bangsar menjadi saksi sebuah momen kecantikan yang penuh inspirasi apabila EH! bergandingan dengan jenama penjagaan kulit global, The Ordinary, untuk menghadirkan pengalaman kecantikan eksklusif bersama pembaca bertuah EH! dan EHsociates
Dalam suasana intim, 19 pembaca bertuah EH! dan EHsociates dipilih untuk menyertai masterclass istimewa yang menggabungkan sains kecantikan dan sentuhan peribadi terus dari pakar. Sesi selama satu jam ini diterajui oleh Joseph Basham, Pengurus Komunikasi Sains & Perkongsian dari The Ordinary yang terkenal dengan kepakarannya dalam menghubungkan sains dengan keperluan sebenar kulit.
Sepanjang sesi, Joseph memecahkan mitos kecantikan yang sering mengelirukan dan membuka minda peserta tentang peranan bahan aktif seperti peptida, yang membantu memperkukuh struktur kulit, serta retinoid, kunci kepada pembaharuan sel yang menjadikan kulit lebih muda dan segar. Beliau tidak sekadar berkongsi teori, malah memberikan panduan praktikal yang boleh terus diamalkan di rumah daripada teknik pemakaian produk yang betul, tip memilih kombinasi formula mengikut usia dan masalah kulit, hinggalah cadangan rutin harian untuk hasil yang optimum.
Yang menjadikan sesi ini lebih istimewa, peserta berpeluang bertanya soalan secara terus, menjadikan suasana seperti perbualan mesra tetapi sarat dengan ilmu yang bernilai.
Sebagai tanda penghargaan, setiap peserta menerima cenderahati set lengkap penjagaan kulit eksklusif daripada The Ordinary. Masterclass EH! x The Ordinary ini bukan sahaja membuka mata tentang bagaimana sains boleh menjadi asas kepada kulit sihat, malah mencipta kenangan indah yang akan terus segar di ingatan para peserta.
EH! ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir, anda telah menjadikan kolaborasi pertama EH! bersama The Ordinary ini satu momen kecantikan yang akan dikenang terus sampai bila-bila. Bagi yang belum berpeluang menyertai bengkel ini, pastikan untuk mengikuti pada masa akan datang untuk merasai sendiri keistimewaan dunia kecantikan yang disediakan oleh EH!
Artikel Berkaitan: Perlukah Retinol dalam Rutin Penjagaan Kulit Anda?