Carfé, sebuah pit stop urban di mana aroma espresso segar bertemu dengan getaran adrenalin dunia automotif.
Carfé terasa seperti sebuah perlumbaan yang seimbang antara kelajuan dan ketenangan, antara kopi dan enjin, antara seni dan komuniti. Perasaan ini singgah tatkala saya mengakhiri EH!xperience seminggu yang lalu, masih meninggalkan kesan ‘Wow, kafe ini lain dari lain.”
Dari deruman imaginasi litar F1 hingga ke sculpture Porsche 911 RWB yang digantung secara melintang di dinding, mata saya terus terkunci akan reka seni dalaman carfe diimbangi dengan kreatif automotif.
Melangkah ke dalam Carfé ibarat memasuki garisan permulaan litar Formula 1. Bau kopi panggang yang hangat menyerbu hidung, bercampur dengan aura mekanikal dari dekorasi bertemakan automotif.
Lampu-lampu gantung memberi bayangan dramatik, seperti spotlight pit lane.
Tarikan utama di Carfé pastinya sculpture Porsche 911 RWB sebenar yang digantung megah pada dinding. Ia bukan replika, tetapi sebuah kereta yang dipahat semula menjadi seni ikonik.
Setiap lekuk bodywork, setiap flare fender dan spoiler belakang seakan masih hidup, memberi ilusi bahawa jentera ini hanya menunggu saat untuk dihidupkan enjinnya. Untuk penggemar kereta, pemandangan ini cukup untuk menaikkan degupan jantung, satu bentuk seni automotif yang menyatu dengan seni kopi.
Selain kereta sebenar Porsche 911 RWB yang dipamerkan di pertengahan kafe. Dan uniknya, kedua-duanya bukan sekadar dekorasi, tetapi hasil cinta dan minat pemilik Carfé sendiri, TJ, seorang usahawan yang humble dan mudah didekati, dengan senyuman ramah berkongsi kisah bagaimana minatnya terhadap kereta dan kopi bertemu dalam satu ruang.
“Idea Carfé datang daripada minat bersama saya dan pasangan. Kolaborasi pertama kami ialah membina Porsche 911 RWB ini, yang kini menjadi nadi kepada identiti kafe,” ujarnya.
Komuniti Yang Hidup
Carfé bukan sekadar ruang untuk minum kopi, ia adalah garaj sosial bagi komuniti peminat kereta dan kopi. Di sini, perbualan boleh berubah daripada nota rasa cold brew kepada perbincangan hangat tentang modifikasi enjin turbo, atau kisah road trip dengan supercar.
Baca: #EHxperience: Pizza Duo, Tradisi Oven Napoli Bertemu Sentuhan Moden