Telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi, tetapi jendela ke dunia produktiviti dan kreativiti. Samsung Galaxy Z Fold 7 hadir tepat di titik moden, sebuah peranti yang bukan sahaja menggandakan skrin, tetapi juga menggandakan cara gaya berkerja, berkarya, dan bersosial.
Sekilas pandang, Samsung Galaxy Z Fold 7 kelihatan lebih tipis, lebih ringan, lebih matang berbanding generasi sebelumnya.
Seakan-akan Samsung belajar daripada setiap lipatan, lalu menghasilkan rekaan yang benar-benar ‘polished’.
Ketika ia dilipat, terasa seperti telefon pintar biasa, namun sebaik dibuka, ruang kerja seluas 8 inci terbentang, bagai membuka komputer riba kecil di genggaman tangan.
Samsung Galaxy Z Fold 7, melipat batas, membuka dunia.
Dan di situlah magis multitasking bermula. Menonton video di sebelah kiri, mencatat idea di sebelah kanan, dan masih ada ruang untuk membalas WhatsApp tanpa menutup mana-mana aplikasi.
Ia bukan lagi “sekadar split screen”, tetapi pengalaman bekerja yang nyata terasa lebih cekap.
Multitasking Bukan Lagi Mitologi
Kita sering mendengar istilah multitasking, tetapi jarang ia benar-benar terasa praktikal. Fold 7 menjadikannya nyata.
Dengan bar tugas (taskbar) yang mirip komputer, menukar aplikasi jadi lebih pantas, seakan meleret tetikus di layar desktop. One UI 8 yang disokong Galaxy AI melengkapkan pengalaman itu dengan fitur pintar dari Circle to Search hinggalah Generative Edit yang membantu menyunting gambar seperti seorang editor digital di hujung jari.
Dalam dunia kerja hibrid, Fold 7 bagaikan pejabat bergerak.
E-mail, mesyuarat Google Meet, lembaran Excel, hingga meneliti laporan, semua boleh berlaku serentak dalam satu skrin.
Ia seakan menghapuskan garis antara “peranti hiburan” dan “alat kerja profesional”.
Kreativiti Dalam Genggaman
Tidak adil jika Fold 7 hanya dilihat sebagai alat kerja. Kamera utamanya yang mencecah 200MP memberi kebebasan kepada pengguna untuk bereksperimen. Sama ada menangkap panorama kota atau memotret momen intim, hasilnya tajam, penuh perincian dan dengan bantuan AI, setiap gambar terasa lebih hidup.
Bahkan, bila membuka peranti ke mod flex, ia boleh berdiri sendiri seperti tripod mini, memudahkan sesi vlogging, panggilan video, atau sekadar tangkapan tangan bebas.
Kreativiti terasa lebih spontan kerana peranti ini sentiasa sedia mengikut rentak pengguna.