“I’m nice and pretty, dorang ‘cam needy
Mata-mata dorang ada, suka ada iri
Lagi pedas dari cili
Don’t act silly, come and test me?”
MWA! Lagu yang kerap kali saya putarkan sejak ia mula dirilis. Ya, jika ikutkan usia, muzik DOLLA mungkin jauh lebih muda, namun saya tak pernah meletakkan usia sebagai batas untuk saya menikmati muzik. Bagi saya muzik itu besar pengaruhnya dalam menentukan corak pemikiran. Apa yang saya baca, apa yang lihat, apa yang saya dengar haruslah seiring dengan arus semasa, itulah kunci untuk kekal relevan.
DOLLA, mengingatkan saya kepada kumpulan penyanyi wanita dari era saya membesar seperti yang bersilih ganti, dari Feminin, M’steen, kemudian diteruskan oleh Elite, diikuti De Fam. Satu persamaan bila melihat kumpulan penyanyi wanita, kita akan membayangkan sisterhood, woman empowerment, girl’s girl. Nilai positif ini yang menggerakkan satu kumpulan, dan itu yang saya lihat pada DOLLA. Dari berempat, jadi bertiga, namun semangatnya kekal sama.
Selain keserasian, kerja kuat, kejayaan DOLLA saya fikir didukung oleh pasukan kerja yang kreatif di belakang kumpulan ini. Mereka bertuah mempunyai label yang bijak menggerakkan kerjaya mereka, mencari lagu berkualiti, video muzik yang kreatif disamping kolaborasi dengan pelbagai jenama yang berjaya ‘menjenamakan’ DOLLA itu sendiri. Hal-hal ini adalah penting untuk menghasilkan satu produk yang berkualiti. Jika kita sendiri saja yang berusaha dan terus bekerja, agak sukar untuk kita merelisasi apa yang dirancang jika tiada pasukan kerja yang mendukung dan mendorong.
Di kesempatan ini juga, saya mahu mengucapkan tahniah kepada Sabronzo yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini. Tiada angin, tiada ribut, majlisnya berjaya dirahsiakan. Ini juga satu tanda bertuahnya Sabronzo, dikelilingi teman-teman yang boleh dipercayai, bijak menyimpan rahsia. Selamat Pengantin Baru! Oh ya, untuk Angel, Sabronzo dan Tabby, all the best untuk konsert hujung tahun ini!
“Percaya pada diri sendiri & raikan perbezaan.” – Tabby Dolla
Angel DOLLA Mendereti Impian Masa Depan
“Sentiasa Ada Untuk Satu Sama Lain, Persahabatan Itu Kena Ada Tolak Ansur” – Sabronzo, DOLLA