Sepanjang Oktober ini, tiba masanya untuk merancang hujung minggu anda dengan mengunjungi pop-up dan aktiviti menarik!
The Monsters Wacky Mart Pop-up
Khas buat para peminat Labubu! POP MART kini menghadirkan sebuah pop-up eksklusif yang menampilkan pelbagai koleksi patung Labubu kegemaran ramai — peluang sempurna untuk anda membeli-belah dan bergambar di dunia Labubu yang penuh warna!
Untuk pengalaman yang lebih lancar, kemasukan hanya dibenarkan melalui tempahan awal dalam talianmenggunakan kod QR rasmi — tiada kemasukan secara walk-in dibenarkan. Tempahan dibuka setiap hari pada jam 10 pagi bagi tarikh kemasukan keesokan harinya, dan tertakluk kepada prinsip first come, first served. Kod QR tempahan akan dikongsikan di laman rasmi Facebook dan Instagram POP MART Malaysia.
Tarikh: 1 hingga 31 Oktober 2025
Lokasi: Sunway Pyramid GF Water Feature
Waktu: 10 pagi hingga 10 malam
Loved N Found ialah sebuah bazar preloved yang santai dan penuh gaya, meraikan fesyen lestari serta Happy Little Things yang mencetuskan cinta baru pada barang lama. Lagi best, ada ramai influencer turut serta memeriahkan suasana!
Tarikh: 17 hingga 19 Oktober 2025
Lokasi: The Campus Ampang
Waktu: 11 pagi hingga 10 malam
The Kiddie CEO Market
The Campus Ampang bakal bertukar menjadi destinasi keluarga paling meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Lebih daripada 20 jenama hebat akan menampilkan produk mesra keluarga dan sajian istimewa, manakala 12 gerai Kiddie CEO setiap hari akan menonjolkan bakat serta semangat keusahawanan si kecil.
Suasana turut dimeriahkan dengan aktiviti Trick-or-Treat bertemakan Halloween, cabaran menyeronokkan melalui Mission Card Adventure dengan hadiah menarik, serta persembahan pentas dan permainan yang menghiburkan sepanjang hari.
Untuk tetamu terawal, goodie bag eksklusif turut menanti sebagai tanda penghargaan. The Kiddie CEO Market bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi karnival penuh keseronokan, pembelajaran dan kreativiti untuk seisi keluarga.
Tarikh: 20 hingga 22 Oktober 2025
Lokasi: The Campus Ampang
Waktu: 11 pagi hingga 10 malam
Nature Run Weekend Carnival
Hirup udara segar pergunungan dan nikmati kehijauan semula jadi di Bukit Tinggi — cara terbaik untuk meluangkan masa dikelilingi alam semula jadi. Sertai Nature Run pada waktu pagi dan teruskan hari anda dengan Karnival Meriah yang penuh warna dan keseronokan!
Nikmati pengalaman seharian yang dipenuhi dengan larian santai di tengah alam hijau, suasana tenang dengan muzik, aktiviti menyeronokkan serta ruang mesra haiwan peliharaan. Ia juga destinasi ideal untuk keluarga dan rakan-rakan yang ingin menikmati hujung minggu yang berbeza.
Paling menarik, karnival ini terbuka kepada orang ramai! Jadi, walaupun anda tidak menyertai larian, anda tetap boleh datang untuk membeli-belah, bermain dan menikmati suasana ceria bersama semua.
Tarikh: 11 hingga 12 Oktober 2025
Lokasi: Pickeasy by Song Yan, Jalan Song Yan, Kampung Bukit Tinggi, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang.
Waktu: Sabtu – 11 pagi hingga 6 petang
Ahad – 9 pagi hingga 5 petang
A Spooky Bazaar
Bersiap sedia untuk tiga hari penuh keseronokan dan kejutan menyeramkan di A Spooky Bazaar, di mana suasana seram bertemu dengan keriangan Halloween.
Nikmati pengalaman Halloween yang penuh gaya — datang dengan kostum paling seram atau paling kreatif, terutama pada hari Sabtu yang merupakan acara utama! Dapatkan popcorn percuma jika anda berpakaian kostum, kerana setiap “trick” layak menerima “treat”.
Jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah dengan vendor unik yang menawarkan pelbagai barangan kraf dan cenderamata menarik. Bawa rakan-rakan anda, bergaya (atau menakutkan!) dan jadikan A Spooky Bazaar pengalaman Halloween yang pasti diingati sepanjang tahun!
Tarikh: 24 hingga 26 Oktober 2025
Lokasi: The Campus, Ampang
Waktu: 11 pagi hingga 10 malam
Kala Kelam
Central Market akan bertukar menjadi taman permainan seram yang penuh dengan bayang, jeritan dan pengalaman menakutkan yang pasti sukar dilupakan.
Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti Trick-or-Treat Adventures, bergambar di Haunted Photo Walls, serta membeli-belah di Halloween Night Market yang penuh dengan kejutan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Peraduan Kostum dengan hadiah menarik, mencuba aktiviti DIY Halloween Crafts, dan menyaksikan Pertandingan Tarian Halloween yang akan menghidupkan suasana malam.
Tarikh: 31 Oktober hingga 2 November 2025
Lokasi: Central Market, KL
Waktu: 10 pagi hingga 10 malam
Dendang Desa
Buat julung kalinya, mereka dapat bekerjasama dengan CIMB Bank, dan lebih menarik lagi, acara kali ini turut menampilkan kolaborasi istimewa bersama Foodie yang diketuai oleh Pinn Yang!
Tarikh: 24 hingga 26 Oktober 2025
Lokasi: Central Market, KL
Waktu: 10 pagi hingga 10 malam
Pesta Muda Mudi
Kini masanya untuk bergaya dalam kurta dan saree, di Pesta Muda Mudi sempena sambutan Hari Deepavali yang penuh warna-warni!
Tarikh: 17 hingga 20 Oktober 2025
Lokasi: Central Market, KL
Waktu: 10 pagi hingga 10 malam
Trick or Treat Me
Suka Seni mengajak semua untuk trick or treat yo’self di bazar paling seram dalam bandar! Datang untuk melihat kostum menarik, nikmati pelbagai sajian enak, dan berbelanja sepuas hati bersama jenama tempatan yang hebat. Suasana penuh dengan keseronokan, kejutan, dan hidangan lazat — memang acara yang wajib dikunjungi oleh semua boos dan ghouls!
Tarikh: 10 hingga 12 Oktober 2025
Lokasi: Central Market, KL
Waktu: 10 pagi hingga 10 malam
Baca:
Senarai Marathon & Fun Run 2025 Untuk Anda ‘Lace Up’ Tahun Ini
Cute on Wheels: 5 Kereta Pink & Comel Untuk Si Gadis
#EHxperience: Carfé, Pit Stop Aroma Espresso Ke Adrenalin Enjin RWB Porsche 911