Halloween bakal tiba! Jom throwback kostum pasangan selebriti yang masih jadi bualan hingga hari ini.
Setiap tahun, Halloween menjadi pentas fesyen buat selebriti dunia menunjukkan sisi paling unik mereka. Tidak lengkap rasanya tanpa pasangan selebriti yang tampil dengan tema serasi, kreatif dan penuh gaya.
Mari kita lihat semula beberapa kostum Halloween pasangan selebriti yang masih jadi bualan hingga hari ini!
Nina Dobrev dan Shaun White sebagai Vecna dan Max Stranger Things
Watak dalam Stranger Things menjadi inspirasi kostum Halloween terbaik buat Nina Dobrev dan teman lelakinya, Shaun White. Bintang The Vampire Diaries itu berubah menjadi Vecna yang menakutkan, manakala Shaun tampil sebagai watak Max lakonan Sadie Sink, lengkap dengan fon kepala dan semuanya.
Selena Gomez dan Benny Blanco sebagai Alice in Wonderland dan the Mad Hatter, 2024
Bersama suaminya (sebelum ini teman lelaki) Benny Blanco, Selena Gomez menghayati watak Alice in Wonderland dengan kostum Halloweennya. Sementara itu, Benny berpakaian sebagai Mad Hatter.
Kourtney Kardashian dan Travis Barker sebagai Brid eof Chucky dan Chucky
Kourtney Kardashian dan Travis Barker sememangnya dilahirkan untuk sambutan Halloween, dan pada tahun 2022, mereka benar-benar menguasai musim seram itu sebagai Chucky dan Bride of Chucky. Hanya beberapa bulan selepas pasangan ini mendirikan rumah tangga, Kourtney meraikan “kebahagiaan perkahwinan abadi” dengan mengenakan layah putih dan jaket penunggang motosikal sambil bergaya di sisi Travis — yang menjadikan kostum Chucky lain kelihatan tidak setanding langsung.
Travis Scott dan Kylie Jenner sebagai Iron Man dan Captain Marvel, 2019
Heidi Klum dan Tom Kaulitz sebagai Fiona dan Shrek, 2018
Ratu Halloween, Heidi Klum, sekali lagi tidak mengecewakan apabila beliau tampil habis-habisan bersama suaminya, Tom Kaulitz, dengan kostum Fiona dan Shrek yang benar-benar mengagumkan.
The Weeknd dan Bella Hadid sebagai Beetlejuice dan Lydia, 2018
Pada tahun 2018, Bella Hadid dan The Weeknd tampil dengan gaya Beetlejuice di pesta Halloween anjuran Heidi Klum.
Joe Jonas dan Sophie Turner sebagai Gomez and Morticia Addams, 2018
Sophie Turner benar-benar menghayati watak Morticia Addams pada Halloween 2018, apabila dia dengan bersungguh-sungguh memotong kepala jambangan bunga ros sambil berjalan di sisi Gomez (lakonan Joe Jonas) yang memegang cerut dalam klip hitam putih yang dimuat naik di Instagram.
Tunangnya ketika itu — yang kemudiannya dikahwini pada tahun 2019 sebelum berpisah pada tahun 2023 — turut mendapat pujian tambahan apabila menambah sentuhan kreatif dengan meletakkan “Thing” terapung di bahunya.
Jenna Dewan dan Channing Tatum sebagai Sally dan Jack Skellington, 2017