Jika sudah bosan dengan gaya ponytail yang biasa, EH! Kongsikan lima idea ringkas yang boleh beuat ponytail anda nampak lebih ekstra!
Ponytail atau bahasa Melayunya, ikat ciut antara gaya paling berkesan untuk gaya yang kemas, sleek dan mudah untuk didandan. Lebih menarik, ponytail adalah salah satu trik atau jalan penyelesaian terbaik bila tiba ‘bad hair day’. Berikut idea tamnbahan yang boleh ‘level up’ gaya ikatan rambut anda.

IKATAN ‘EKOR KUDA’
Memang benar-benar seperti hujung ekor kuda. Gaya ikatan ciut ini lebih strong dengan lilitan rambut yang membuatkan pangkal ponytail lebih keras. Lilitkan sebahagian rambut pada pangkal ponytail. Penggunaan dawai mungkin diperlukan untuk mencapai dandanan ini.

PONYTAIL SKARF
Penggunaan skarf pada ponytail antara idea paling mudah untuk direalisasikan. Pemilihan warna dan corak skarf juga memainkan peranan untuk memberikan mood pada dandanan. Anda cuma perlu lilitkan rambut dengan skarf seperti anda membuat tocang. Mudah kan?

PENGGUNAAN LEATHER
Untuk gaya yang lebih edgy, lilitkan ekor rambut dengan tali kulit seperti gambar di atas. Cari tali yang keras (mungkin gabungan kulit dan dawai) untuk lebih mudah melilit rambut. Saya suka gaya ini. Sangat statement!

MORE ACCESSORIES
Penggunaan aksesori pada ekor rambut seperti foto di atas memang sesuatu! Penggunaan aksesori seperti gelang, cincin mahupun kerongsang cukup kreatif dan memberi impak pada penggayaan. Anda boleh cuba gaya ini, tak susah pun!

PONYTAIL TOCANG
Pilihan paling selamat jika anda tidak cukup masa untuk blow atau luruskan rambut. Ikat tocang akan menyelamatkan rambut yang frizzy atau mengerbang. Agak biasa namun selamat, lebih bergaya dari ponytail biasa.
TIP EKSTRA
Jangan lupa set rambut dengan penyembur rambut untuk memastikan rambut kelihatan rapi. Semburkan selepas rambut siap didandan. Schwarzkopf Professional OSIS+ FREEZE ini antara kesukaan pendandan profesional.

