New month, new kicks! EH! himpunkan tujuh pilihan kasut ‘must-have’ untuk lengkapi gaya anda bulan Januari!
Bulan Januari hadir dengan pelbagai koleksi kasut terbaru yang confirm akan jadi wishlist fesyenista! Dari ???, hingga ???, pilihan kali ini hadir dengan penuh variasi.
EH! kumpulkan tujuh kasut pilihan patut ada bulan Disember ini, sesuai untuk yang suka tampil chic ke pejabat, santai hujung minggu, atau glam di acara malam.
PUMA Deviate NITRO™ Elite HYROX
PUMA Deviate NITRO™ Elite HYROX, kasut pertama yang direka khas untuk pertandingan HYROX. Direka dengan teknologi terkini PUMA, ia membantu setiap langkah, tolakan, dan ulangan latihan anda lebih berkesan.
Kasut ini akan dilancarkan pada 23 Januari 2026 dan boleh didapati di PUMA.com, PUMA Flagship Store, serta PUMA Southkey JB.
Harga: RM799
Skechers Street™ UNO Ryze
Skechers memperkenalkan koleksi terbaharu, Skechers Street™ UNO Ryze, yang mengubah gaya kasual jalanan dengan rekaan lebih berani dan bertingkat. Dengan siluet UNO yang diolah semula, kasut ini memberi ketinggian, keselesaan maksimum, dan penampilan yang menonjol.
Tersedia dalam tiga warna untuk lelaki dan wanita, koleksi ini menampilkan kombinasi mesh bernafas dan lapisan duraleather, dengan rekaan tali klasik yang menyeimbangkan gaya sporty dan struktur rapi. Sama ada dipadankan dengan athleisure, denim, atau streetwear monokrom, setiap pasang menambah sentuhan moden dan bergaya kepada penampilan harian.
Harga: RM399
ECCO Metropole Oslo Women’s Derby Shoe
Direka bersama Natacha Ramsay-Levi, ECCO METROPOLE OSLO Derby Shoe menghidupkan semula rekaan klasik dengan sentuhan lebih berani. Kulit premium dan tapak bertingkat memberikan siluet yang elegan, selesa dipakai dan sesuai untuk ke pejabat atau keluar malam.
RM769.90
Longchamp La Patineuse High Heel Low Boots
Diperbuat daripada kulit lembut, High Heel Low Boots ini menampilkan tumit blok setinggi 2.2 inci dan hujung kaki berbentuk petak, lengkap dengan tali. Rekaan elegan ini mengingatkan pada kasut luncur ais klasik, memberi setiap langkah tampak anggun dan bergaya.
Harga: RM4,525
Sam Edelman, Avira Mary Jane
Direka untuk keselesaan sepanjang hari dengan sentuhan sofistikasi, Avira Mary Jane menambah elemen feminin yang menawan pada setiap penampilan. Tekstur suede yang mewah dan rekaan tali klasik memberikan warna dan gaya elegan, sesuai dipadankan dengan pakaian pejabat mahupun santai.
Harga: RM669
SAMBA OG SHOES
Kasut Samba OG ini menggabungkan warisan bola sepak dengan gaya kontemporari, kini hadir dengan sentuhan kristal yang memancarkan kilauan mewah di setiap langkah.
Tapak getah yang tahan lasak memberikan cengkaman sempurna untuk aktiviti harian, sementara jalur 3-Stripes bergigi dan nama Samba di sisi menonjolkan karakter ikoniknya.Logo Trefoil menambah sentuhan autentik adidas, menjadikan setiap langkah bukan sekadar berjalan, tetapi gaya yang memikat.
Harga: RM599












