Rambut selalu menjadi perkara pertama yang buat kita berpaling. Kadang-kadang sebelum sempat perasan baju atau solekan. Bila rambut kena dengan personaliti, keseluruhan penampilan pun terasa effortless dan suddenly everything just clicks!
Di sebalik setiap penampilan ikonik di karpet merah, majlis perkahwinan selebriti atau editorial fesyen yang mencuri perhatian, pasti ada hairstylist yang bekerja dengan penuh ketelitian di belakang tabir. Kali ini, EH! menghimpunkan sepuluh hairstylist pilihan selebriti Malaysia yang sering menjadi rujukan industri.
Intai sepuluh hairstylist pilihan selebriti Malaysia;
1. Ckay Liow
Kalau bercakap tentang gaya rambut yang berani tapi masih kekal chic, Ckay Liow memang ada magic touch. Dari sleek bun yang kemas hingga experimental updo yang edgy, setiap sentuhannya sentiasa beri elemen “wow” tanpa nampak terlalu try-hard. Diiktiraf sebagai antara hairstylist paling kreatif di Malaysia, Ckay turut membawa pulang gelaran Best Hairstylist of the Year 2023 di KLFA
2. Juno Ko
Juno Ko antara nama yang kerap menjadi pilihan selebriti Malaysia, malah turut dilantik sebagai Dyson Styling Ambassador. Dikenali dengan sentuhan kemas dan moden, hasil kerjanya sesuai untuk mereka yang sukakan polished look, effortless, refined dan sentiasa nampak mahal sama ada di karpet merah mahupun acara tertutup.
3. Yusof Ruzaimi
Sinonim dengan sanggul kemas dan gaya klasik yang timeless, Yusof Ruzaimi sering menjadi pilihan selebriti tempatan untuk acara besar. Sentuhannya elegan, teratur dan sangat camera-ready klien nya termasuk Dayang Nurfaizah dan Nabila Huda.
4. Miedy Daniel
Walaupun kurang dokumentasi media seperti sesetengah nama lain, Miedy Daniel merupakan nama yang sudah lama bertapak dalam industri kreatif. Dia sering terlibat dalam portfolio editorial dan penggambaran fesyen peribadi selebriti tempatan seperti Aedy Ashraf dan Ain Edruce.
5. Bibian Fredericks
Bibian merupakan antara hairstylist wanita yang lama berkecimpung dalam industri, dengan pengalaman styling untuk majlis perkahwinan, editorial, dan selebriti sosialit. Kepakarannya dalam gaya klasik dan moden menjadikan hasil kerjanya sentiasa relevan dan digemari golongan glamor.
6. Hair by Lala
Dikenali dengan dandanan rambut yang feminin, klasik dan aesthetic, Hair by Lala sering menjadi pilihan untuk majlis perkahwinan dan sesi fotografi high-end. Gaya beralun lembut serta sanggul dreamy hasil sentuhannya turut menjadi pilihan Datin Intan Najuwa pada hari bahagianya.
7. Keith Styling
Keith antara hairstylist yang berani bermain dengan tekstur dan bentuk, menghasilkan gaya rambut yang edgy, fun dan sedikit out of the box. Sentuhan kreatifnya menjadikannya kegemaran selebriti yang ingin tampil berani dan berbeza.
8. Meichoi
Meichoi dikenali kerana kebolehan menyerlahkan karakter klien melalui gaya rambut yang sesuai dengan personaliti mereka daripada potongan biasa hingga ke styling avant-garde. Antara selebriti yang sering mempercayai sentuhannya ialah Scha Alyahya.
9. Cody Chua
Cody Chua mengukuhkan reputasinya sebagai antara hairstylist teratas masa kini selepas meraih gelaran Best Hairstylist of the Year 2024 di KLFA. Sentuhan kemas dan moden hasil kerjanya turut menjadi pilihan selebriti seperti Scha Alyahya dan Ameera Khan.
10. Evid Kwa
Evid Kwa dikenali dengan gaya rambut yang effortless. Sentuhannya sesuai untuk personaliti yang sukakan look clean, kemas dan effortlessly chic sama ada untuk acara besar mahupun penampilan harian selebriti. Minimal, tidak terlalu sarat, tetapi cukup meninggalkan kesan.
Artikel Berkaitan: 10 ‘Top Rated’ Lip Oil di Sephora 2025




















