Kerjaya sebagai fashion stylist ialah satu peranan paling penting dalam ‘glam team’ selebriti.
Jika anda tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh seorang Fashion Stylist semasa bekerja, mereka bertanggungjawab menyusun keseluruhan penampilan agar selaras dengan imej selebriti, sama ada untuk acara, konsert, atau sesi fotografi. Tugas mereka merangkumi penyediaan moodboard, pemilihan pakaian, padanan aksesori, dan memastikan setiap perincian mencerminkan karakter serta personaliti klien.
Kerjaya ini bukan mudah, malah lebih mencabar apabila melibatkan selebriti. Fashion Stylist bukan sekadar menyarungkan pakaian, mereka juga memastikan keseluruhan gaya kelihatan kemas, menawan, dan sempurna dari hujung rambut hingga kaki.
EH! senaraikan 10 Fashion Stylist yang menjadi pilihan selebriti di Malaysia:
Nazrul Anas Zunaidi
Instagram: @nazlivingstyle
Bukan sekadar hijab stylist biasa, Nazrul atau lebih dikenali sebagai Naz memang terkenal dengan sentuhan gaya yang kemas, moden dan effortless. Selain menggayakan hijab, Naz juga merupakan fashion stylist utama kepada penyanyi berbakat besar, Shila Amzah. Setiap styling yang dihasilkan sentiasa nampak classy, sesuai dengan personaliti klien dan penuh karakter.
Tym Fatimah
Instagram: @tymfatimah
Antara fashion stylist yang lama bertapak dalam industri, nama Tym Fatimah memang tidak asing lagi. Dengan pengalaman yang luas dan cita rasa fesyen yang konsisten, Tym sering menjadi pilihan ramai selebriti ternama. Sherry Alhadad, Nabila Huda dan Marsha Milan antara selebriti yang pernah mendapatkan sentuhan kreatifnya.
Abu Shaef Hamza
Instagram: @abushaefhamza
Dikenali dengan gaya yang bold dan berani, Abu Shaef Hamza sering menjadi pilihan utama selebriti bertaraf antarabangsa. Antara selebriti yang pernah bekerjasama dengannya termasuklah Mimi Fly dan Aisha Retno, membuktikan keupayaannya menghasilkan styling yang bukan sahaja unik, tetapi juga relevan di peringkat global.
Bry
Instagram: @aintnocrybry
Bry merupakan antara stylist yang semakin mendapat perhatian dengan gaya yang faminin dan cool. Sentuhannya sering menaikkan aura selebriti, dan Bella Astillah antara figura yang kerap menggunakan khidmatnya untuk tampil lebih standout dalam setiap penampilan.
Zulvanny Andiny
Instagram: @thezulvanny
Zulvanny dikenali dengan gaya styling yang chic, segar dan feminin. Keupayaannya menyesuaikan fesyen dengan personaliti klien menjadikan dia pilihan ramai selebriti wanita. Antara yang pernah bekerjasama dengannya termasuk Aisha Retno, Azira Shafinaz dan Sheery Alhadad.
Yumi Marina
Instagram: @yumimarina
Nama Yumi Marina cukup sinonim dengan gaya elegan dan versatil. Setiap penampilan hasil sentuhannya kelihatan effortless tetapi tetap wow. Amelia Henderson, Shila Amzah dan Sissy Iman antara selebriti yang mempercayai Yumi sebagai fashion stylist mereka.
Vee Mukhtaram
Instagram: @xeliciousxass
gambarBerpengalaman luas dan sudah lama bertapak dalam industri fesyen, Vee dikenali dengan kreativiti tinggi serta sentuhan gaya yang bold dan penuh karakter. Sepanjang kerjayanya, beliau telah bekerjasama dengan ramai selebriti ternama termasuk Jaclyn Victor, Stacy serta kumpulan legenda Elite.
Miedy Daniel
Instagram: @miedydaniel
Miedy Daniel antara stylist yang semakin mencuri perhatian dengan gaya kemas dan moden. Sentuhannya ringkas tetapi berimpak, sesuai untuk selebriti yang mahu tampil sleek dan sofistikated. Antara artis yang pernah mendapatkan sentuhannya termasuk Sherry Alhadad dan Elly Mazlein, yang sering tampil yakin dan bergaya dengan imej tersendiri.
Deanna dan Deanni
Instagram: @bydeannadeanni
Deanna dan Deanni merupakan pasangan kembar yang bekerja bersama menjadi fashion stylist. Projek penggayaan pertama mereka adalah untuk video muzik Lunadira. Sejak itu, kembar ini berjaya membina portfolio yang kukuh dengan bekerjasama bersama lebih ramai klien, termasuk kumpulan Midnight Fusic, Dolla, XONE, serta jenama fesyen terkenal seperti Vans dan Adidas.
Daniish Azman
Instagram: @daniishazman
Graduan fesyen ini memulakan langkahnya dalam industri dengan menimba pengalaman sebagai assist stylist kepada Abu Shaef Hamza. Berbekalkan ilmu, disiplin dan minat yang mendalam terhadap fesyen, Daniish Azman kini semakin menyerlah dan meningkat naik dalam industri.
Namanya mula menjadi sebutan apabila kerap bekerjasama dengan artis legenda tanah air, Ziana Zain. Perkembangan ini jelas membuktikan bakat serta dedikasinya yang konsisten dalam dunia fesyen tempatan.




















