Tahun 2026 menyaksikan kebangkitan semula trend ikonik era 2016 dengan sentuhan lebih moden.
Siapa sangka, tahun 2026 membawa kita kembali ke era 2016? Dari gaya fesyen, budaya pop sehinggalah trend digital, banyak perkara lama yang kini kembali mencuri perhatian. Apa yang pernah dianggap “outdated” kini tampil dengan sentuhan baharu dan menjadi kegilaan semula. Jom kita imbas trend-trend lama yang kembali menguasai tahun ini kerana ternyata, sejarah memang suka berulang.
Antara figura yang terus menjadi rujukan dan trendsetter utama ialah adik-beradik Hadid, Gigi dan Bella Hadid, yang dikenali dengan gaya effortless namun berani. Tidak ketinggalan, keluarga Kardashian yang sememangnya sinonim dengan kebangkitan semula trend ikonik.
Bomber Jacket
Bomber jacket kembali menjadi item wajib dalam almari 2026. Dengan potongan yang lebih moden dan material lebih ringan, jaket ikonik ini kini digayakan bersama skirt, seluar tailored atau denim untuk tampilan kasual yang effortless tetapi tetap bergaya.
Choker
Aksesori ikonik era 2016 ini kembali mencuri perhatian. Choker versi 2026 akan tampil lebih minimal dan elegan dari rekaan rantai halus hingga fabrik satin, sesuai digayakan untuk gaya harian mahupun acara malam.
Off-the-Shoulder Top
Gaya feminin ini kembali popular dengan rekaan yang lebih sofistikated. Off-the-shoulder top memberi sentuhan anggun dan santai, sesuai untuk cuaca panas serta mudah dipadankan dengan seluar palazzo atau skirt midi.
Statement Earrings
Anting-anting bersaiz besar kembali menjadi tumpuan. Dengan rekaan bold dan unik, statement earrings mampu menaikkan keseluruhan penampilan walaupun digayakan dengan outfit yang ringkas.
Athleisure
Trend athleisure kembali mendominasi 2026, menggabungkan keselesaan pakaian sukan dengan gaya harian yang moden. Legging, jogger dan sports bra kini bukan lagi terhad di gim, malah digayakan bersama jaket, kemeja oversized atau sneakers bergaya untuk penampilan santai tetapi tetap trendy. Praktikal, selesa dan stylish, athleisure membuktikan gaya aktif tak pernah lapuk ditelan zaman.















