Gadis dengarkan ini, Lelaki ‘Golden Retriever’ is the new standard.
Istilah lelaki ‘Golden Retriever’semakin kerap digunakan terutamanya di media sosial. Tetapi, apa maksud sebenar ia?
Secara literal, golden retriever ialah sejenis anjing yang dikenali dengan sifat setia, jinak, mudah dilatih dan mesra dengan manusia.
Dalam konteks kiasan bahasa, istilah ini digunakan untuk menggambarkan lelaki yang berperwatakan setia, ikhlas, konsisten dan emosinya stabil.
Maka, ciri ini boleh difahami sebagai lelaki yang mempamerkan kesetiaan dan kasih sayang bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi melalui sikap dan perbuatan yang berterusan.

Konsisten, bukan sekadar manis di awal perkenalan
Dia idak muncul hanya ketika awal perkenalan. Sikapnya stabil dari awal hingga ke fasa seterusnya. Apa yang dia janjikan, itulah yang dia lakukan tanpa perlu diingatkan atau dipaksa.
Tidak takut menunjukkan kasih sayang
Dia tidak melihat keintiman emosi sebagai kelemahan. Ucapan seperti “I rindu you”, “I risaukan you” atau “I bangga dengan you!” keluar dengan tulus, bukan kerana diminta.
Pendengar yang baik
Lelaki ini tidak berlumba untuk membalas atau mempertahankan ego. Dia mendengar untuk memahami, bukan untuk menang. Emosi pasangan diambil serius, bukan diperkecilkan.
Menjadikan pasangan rasa selamat
Bersamanya, terasa seperti tidak perlu hidup dalam kebimbangan atau syak wasangka. Tiada permainan minda, tiada ‘mixed signals’. Semuanya jelas dan telus.
Menyokong tanpa rasa terancam
Kejayaan pasangan bukan ancaman kepada egonya. Dia hadir sebagai penyokong, bukan pesaing. Dia gembira melihat pasangan maju, walaupun itu bermakna dia berada di belakang tabir.
Baca: Manchild Dalam Relationship? 7 Tanda Yang Ramai Wanita Abaikan
