‘Craving’ pizza keju cair yang memuaskan? We got you!
Setiap restoran pizza ada ceritanya sendiri.
Ada yang fokus pada doh buatan tangan dan sos tomato yang dimasak perlahan, ada juga yang bermain dengan topping unik dan suasana restoran yang buat kita rasa selesa berlama-lama.
Kulinari pizza di KL kini semakin pelbagai, daripada resipi Itali klasik hinggalah versi moden dengan sentuhan lokal yang kreatif.
Ini 5 restoran pizza terbaik di Kuala Lumpur wajib cuba:
Pizza Duo
Our fav! Diasas oleh pasangan suami isteri yang belajar sendiri tentang pizza di Naples, pizza duo ini fokus pada gaya Neapolitan, doh lembut double-fermented lebih daripada 72 jam, puffy tepi dan tekstur yang ringan apabila dimakan, dengan penggunaan bahan import seperti tomato San Marzano dan fior di latte dari Itali.
Menu mereka ada kombinasi klasik seperti Margherita 2.0, best-seller seperti Shroomami serta pilihan rasa kreatif dengan sentuhan Asia.
Pizza Mansion
Terkenal dengan pizza yang dibakar atas oven bata khas, hasilnya, kerak yang sedikit rangup di luar tapi lembut dan juicy di dalam.
Menu kat sini memang menarik perhatian ramai, dari klasik seperti Big Brunch Pizza yang diisi cendawan dan telur separa masak, hinggalah pilihan vegetarian yang kreatif. Selain pizza, mereka juga ada hidangan lain yang digemari seperti truffle mac & cheese dan garlic bread yang sering dapat pujian dari pelanggan.
La Pané Pizza
Di sini, pizza dibuat dengan sourdough doh yang diperah sendiri, memberikan tekstur kerak yang ringan, sedikit rangup di luar dan lembut di dalam.
Menu La Pané menggabungkan klasik dan kreatif, dari Margherita yang simple hinggalah versi yang lebih unik seperti pizza dengan black truffle, Angus beef, atau topping udang segar yang memberi rasa lebih berani.
Khirwan’s Pizza Parlor
Walaupun secara teknikalnya terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam ia tetap jadi pilihan ramai pencinta pizza yang sanggup keluar dari pusat bandar untuk pengalaman makan yang berbeza.
Apa yang buat tempat ni menarik ialah konsep pizza bergerak (food truck) dengan ketuhar bata (brick oven) sendiri yang dibina terus dalam trak, idea yang agak rare tapi menarik perhatian ramai di TikTok dan komuniti ‘foodie’. Pizza yang keluar dari brick oven ni biasanya hangat, berasap dan penuh rasa, style yang lebih dekat dengan pizza gaya Italy asli, tapi dengan sentuhan kreatif moden.
Bienz
Restoran pizza ini mencuri perhatian ramai terutamanya dengan menu Wagyu Pizza yang menjadi tarikan utama, daging wagyu Jepun premium atas doh sourdough yang mereka buat sendiri setiap hari.
Selain pizza, mereka juga ada hidangan lain seperti pasta krim buttermilk, tiramisu unik yang mesra kanak‑kanak, serta minuman menarik seperti matcha strawberry dan tiramisu latte. Suasana kedai cukup ‘instagrammable’, ini pilihan EH! untuk sentuhan premium yang mewah.










