Tak perlu rak penuh dengan produk atau janji temu spa kuku setiap minggu cukup lima item ini sahaja untuk jadikan kuku anda cantik, kemas dan sihat dari rumah.
Rutin penjagaan kuku di rumah kini lebih santai dan realistik. Ia boleh jadi momen me-time sambil layan Netflix, sebelum tidur atau hujung minggu tanpa sebarang tekanan. Konsepnya ringkas, low effort, high impact. Dengan rutin yang konsisten, kuku bukan sahaja nampak berkilat dan kemas, malah lebih kuat dan tidak mudah rosak.
Tidak perlu berpuluh produk, hanya yang betul-betul berfungsi. Berikut adalah lima produk penjagaan kuku wajib ada di rumah yang mudah digunakan, mesra beginner dan membantu mengekalkan kesihatan kuku untuk jangka panjang. Simple dan sangat doable, exactly how we like it!
1. Cuticle Oil
Produk paling underrated, tetapi paling penting. Cuticle oil membantu melembapkan kawasan sekitar kuku, mengelakkan kulit kering, menggelupas dan ‘hangnail’. Penggunaan konsisten juga membantu kuku tumbuh lebih sihat dan kuat.
Produk rekomendasi EH!: Sephora Collection Cuticle Care

2. Nail Strengthener
Kalau kuku anda mudah patah, nipis atau mengelupas, ini adalah penyelamat. Nail strengthener membantu menguatkan struktur kuku sambil melindungi daripada kerosakan akibat air, bahan kimia atau kerap tukar nail polish.
Produk rekomendasi EH!: Butter London Jelly Preserve Strengthening Treatment

3. Glass Nail File
Lupakan nail file kasar yang boleh buat kuku ‘pecah’ di hujung. Glass nail file lebih lembut, tepat dan membantu membentuk kuku tanpa merosakkan lapisan kuku semula jadi.
Produk rekomendasi EH!: BACHCA Glass Nail File

4. Base Coat
Walaupun anda jarang pakai nail polish, base coat tetap penting. Ia melindungi kuku daripada kekuningan, meratakan permukaan kuku dan menjadikan kuku nampak lebih kemas walaupun tanpa warna.
Produk rekomendasi EH!: Butter London Nail Foundation Priming Basecoat

5. Hand & Nail Cream
Penjagaan kuku tak lengkap tanpa penjagaan tangan. Hand cream yang baik bukan sahaja melembapkan kulit, tetapi turut menyokong kesihatan kuku dan kutikel.
Produk rekomendasi EH!: CAUDALIE Vinotherapist Hand & Nail Cream

Artikel Berkaitan: Girls, Save This! 3 Salon Kuku Murah Selain Galaxy Ampang
