Bermula seawal usia 16 tahun, hingga ke hari ini, namanya terus relevan, kebanyakan dramanya mencatat rating yang tinggi. Nama Ummi Nazeera betul-betul mula dikenali usai Nur Kasih mencipta fenomena 17 tahun dulu. Rentetan dari itu, pelbagai tawaran datang, baik filem mahupun drama. Pelbagai watak diperan cemerlang, dan bermacam-macam genre sudah dibuktikan- drama, epik dan seram, Ummi membuktikan dia antara pelakon era 2000-an terbaik yang kita ada.
Namun Ummi ‘hilang’ dari radar seketika, menyambung pengajian di Australia. Kemudian Ummi muncul kembali, tawaran demi tawaran datang menyinggah biarpun waktu itu kembali dengan penampilan baharu.
Risik Pada Hati, Andai Tiada Dia, Saat Aku Tahu dan terbaru Pak Su Ammara, sekadar menyebut beberapa projek Ummi Nazeera dua tiga tahun kebelakangan ini yang mencatat rating yang sangat cemerlang. Dia di mata saya amat berkaliber sebagai seorang pelakon, dan ada taste yang baik dalam fesyen. Dia dan abangnya, Nazreem Musa adalah dua beradik yang cukup stylish.
Ikuti temubual saya bersama penerima trofi pelakon wanita terbaik Anugerah Drama Sangat 2023 dan calon pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali ini.

Saya lihat Ummi bijak memilih projek, kerana kebanyakannya menjadi, baik drama atau filem. Apa formula yang Ummi pegang bila menerima sesuatu projek? Skrip, siapa pengarah, melihat pada pelakon atau produksi?
Setiap kali I pilih projek biasanya I merujuk pada perasaan I, how I feel about it. Biasanya ada beberapa faktor yang akan buat I rasa excited, baik pada skrip, pengarah, karakter atau plot, kerana itu semua penting. Bila I baca skrip atau brief, and I feel excited, I should do it. If it doesn’t drive me atau don’t have fire in me to do it, I takkan buat. Biasanya I refer pada my instinct.
Melihat kembali perjalanan Ummi di dalam industri, apakah momen yang betul-betul merubah diri Ummi sebagai seorang aktres?
I mula berlakon sejak umur 16 tahun, I masih study. Dan I bermula dengan pengarah-pengarah yang bagus, otai-otai dalam industri. I bermula dengan Kak Erma Fatima, Dato Rosyam, Jinggo, Sheila Rusly, Bade Hj Azmi dan Hans Isaac, dan orang-orang ini yang mengajar I tentang disiplin dan acting.
Bila bekerja dengan mereka, I tak boleh main-main. I kena ambil kerja ini sebagai sesuatu yang sangat serius. Permulaan itu yang mengubah dan membentuk I sebagai pelakon, kerana I ada coach dan mentor yang hebat. Banyak yang I belajar di set dan pengalaman itu mengubah I bukan saja seorang pelakon malah membuatkan I melihat tugas ini sebagai satu hal yang sangat serius. Dari mereka I belajar bila dapat projek I kena buat homework, research on my character. Saya melihat mereka sebagai guru dan inspirasi.
I bermula dengan Suhan Movies, drama pertama I diarahkan oleh Jinggo. I berlakon dengan Rosyam Nor dan I bawa satu watak yang sangat berat untuk budak yang baru berumur 16 tahun. Kalau I tak ambil tugas sebagai sesuatu yang serius pada waktu itu, mesti I kena buat scene over and over again, dan benda itu sangat meletihkan.
Nak jadi pelakon tak boleh main-main sebab bagi I bila orang beri kepercayaan pada kita, itu adalah satu amanah, dan amanah mesti dijalankan dengan jujur.
Ada tak mana-mana watak yang pernah Ummi bawakan yang mengubah diri Ummi sebagai seorang wanita?
I boleh katakan filem Penanggal. Ia sebuah pengalaman yang mencabar fizikal, mental dan emosi. Pengalaman sepanjang perjalanan menyiapkan filem ini sangat mematangkan saya, walaupun ada perasaan nak give up tapi kena teruskan.
Sama juga dengan drama Risik Pada Hati (bergandingan bersama Alif Satar). I suka dengan watak tentang woman empowerment yang menunjukkan setiap wanita perlu ada tulang belakang. I suka kerana watak I dalam projek ini kerana ia menonjolkan seorang wanita yang boleh berfikir. I like that one.

Biasanya berapa lama masa yang Ummi ambil untuk mempersiapkan diri sebelum masuk ke set baru?
Ini sesuatu yang memang I praktikan sejak dulu lagi, tak kisah drama atau filem, sebelum masuk ke set I akan pergi acting class. Mengapa? Sebab I nak tahu pendapat orang tentang karakter yang saya dapat. Jika pada I, I akan terfikir dari sudut pandang Ummi Nazeera saja. Bila I masuk kelas I akan dapat opinion orang lain.
Selain itu I akan pastikan I fit. Sebagai pelakon kita akan guna banyak energy. I akan go to the gym dan pastikan berat badan I sesuai dengan skrin. Lagi satu, bila I fit, I tak mudah cepat penat especially jika watak yang I bawa tu berat. I pastikan I fit to play the character.
Ada tak watak-watak yang Ummi bawa sebelum ini yang Ummi rasa nak ulang semula? Mungkin kerana wataknya menarik atau mungkin Ummi mahu bawa dengan lebih baik lagi.
Hikayat Merong Mahawangsa kerana ia sebuah filem yang dekat dengan diri I. I memang suka filem epik. Waktu I berlakon filem ini, I masih muda, 19 tahun dan waktu itu I belum berhijab. I tahu dalam keadaan I yang sudah berhijab, mungkin agak sukar mendapat watak filem epik yang sesuai. I sangat suka karakter I sebagai Embok dalam filem ini.
Sebagai seorang pelakon, sejujurnya adakah anugerah itu satu kemestian untuk mengukur kejayaan?
Bagi I, anugerah itu adalah satu bonus. Bila seseorang pelakon menerima anugerah, bagi I itu adalah satu acknowledgement. Alhamdulillah setakat ini I dah terima satu (Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Drama Sangat 2023). Bagi I anugerah paling besar ialah bila peminat suka my project, bila collection tinggi atau rating tinggi, itu menunjukkan kita dan team telah bawakan satu perojek yang meninggalkan kesan.

Apa goals Ummi dalam bidang lakonan yang belum tercapai?
I would like to try different character. I dah bawa watak antagonis, dan I nak pelbagaikan. I dah selalu bawa watak wanita teraniaya. Next, I nak bawa watak heroin yang ada different kind of mindset.
Ummi dilihat aktif berpilates. Apa kepuasan yang Ummi dapat dari aktiviti ini selain keep you active?
Kalau I tak sweat, fikiran I akan serabut, kesihatan mental I akan down. Ini salah satu cara untuk I calm myself. Diri I akan feel better. Pada usia lebih 30, bagi I sangat penting untuk I keluarkan endorphin. Lagi satu I memang ada aim, I bukan saja nak toning my body dan dalam masa yang sama stamina. My coach is happy with my progress. I am happy to do it.
Pada usia melepasi angka 30, apa erti ‘empowered woman’ bagi Ummi hari ini?
Empowered woman datang dengan high emotional intelligence Usah cepat melatah, kita perlu ada high emotional intelligence dalam apa saja yang kita buat. Dan sebagai aktres I boleh jadi sangat emotional. Emotional intelligence adalah cara kita mengawal emosi supaya kita tak buat benda yang akan destroy ourself atau perkara yang membuat kita menyesal.
‘Empowered woman’ boleh buat apa yang mereka mahu tapi harus ada batasnya. Ertinya I can do apa yang I nak, dan melakukannya itu juga adalah pilihan I. Jika I tak melakukan sesuatu, itu juga kerana I yang memilih untuk tak melakukannya. Nak buat atau tidak, my own choice.
Lagi satu, untuk feel empowered, kita usah mudah trigger. Bila kita triggered easily, kita akan tewas dengan emosi kita. Berbalik pada emotional intelligence,you kena control your emotion, dan itulah yang susah bagi I. Bukan kita perlu berdiam about it, cuma kita tahu bila kita perlu bertindak atau tidak.
Bila Ummi berasa yakin in your own skin?
When I sweat.

Apakah pelajaran terbesar setakat ini yang Ummi pelajari dari pengalaman membesarkan anak-anak?
Anak-anak I banyak mengajar I especially dalam bab menjaga emosi. Anak-anak memang mengikut emosi kan, jadi nak membesar dan mendidik mereka kita tak boleh mengikut emosi. Bila kita sedih, it’s okay but what you do with it? It’s okay to cry, but what you do with it? Anak-anak mengajar I untuk lebih tenang, grounded dan secara jelasnya mengajar I untuk menjadi seorang ibu. Dua-dua anak I perempuan, jadi I memang perlu tenang. I dibesarkan oleh single mother, dan my mom tiada pilihan dan harus menjadi ibu dan ayah kepada keluarga kami. Situasi itu juga sedikit sebanyak mengajar saya.
Umum tahu yang Ummi memang rapat dengan abang, Nazreem Musa. Apakah persamaan dan perbezaan ketara antara Ummi dan Nazreem?
Kami berdua seperti yin and yang, saya introvert dan Nazreem extrovert. Dia social butterfly dan I pula lebih suka duduk di rumah. I lebih suka dalam circle yang kecil, I go to the gym, watch movies. Tapi lately I cuba untuk change.
Kami suka benda yang sama, kami suka fesyen, into art, we like similar things tapi karakter kami berbeza. My face is subtitle, no, means no tapi my brother boleh compromise.
Apakah resipi atau rutin yang membuatkan Ummi dan Nazreem kekal rapat biarpun Ummi sudah berkahwin dan mempunyai anak?
Kami berbual almost everyday. Kami pergi bercuti bersama. Nazreem adalah seorang abang yang sangat cool. Dulu dia garang, he knows everything about me. Dia akan tegur kalau dia rasa ada sesuatu tak kena. Walaupun I dah besar, dah berkeluarga, bagi dia, dia akan tetap akan tegur. “Whatever it is, when you wrong, I tell you wrong.” Kami sangat supportive each other, dan kita kongsi tanggungjawab yang sama, kita jaga mama, kerja sama company.
Jika kehidupan Ummi hari ini adalah tajuk sebuah movie, apakah tajuk yang sesuai menggambarkannya?
Soft but never weak.

What legacy do you hope to leave, bukan sahaja sebagai seorang pelakon malah sebagai seorang wanita?
Would be a legacy that I already doing, my mom’s company. Dan I nak work harder on it. Tahun ini, insya-Allah I akan take a break from shooting, yang mana selalunya memang begitu, dan I nak fokus pada company ini. I hope this company can give back, ambil lebih ramai pekerja. Benda terbaik yang kita boleh lakukan dalam hidup ialah bila kita boleh beri semula kepada orang lain, dan bagi I itu adalah satu amanah. Bila kita mampu buat orang lain happy, I juga akan happy.
Apakah nasihat terbaik yang pernah Ummi terima dari seseorang, dan Ummi rasa nasihat itu harus dikongsikan dengan orang lain?
Ada satu nasihat dari my mom, “jadilah seperti ikan di laut, walaupun airnya masin tapi isinya tetap tawar”. Maksudnya kita boleh berkawan dengan semua orang, kita boleh dicampak ke mana sahaja, tapi bila kita ada pendirian yang kuat kita takkan mudah terpengaruh.
Ramadan dan Syawal adalah bulan yang dikaitkan dengan kesyukuran. Apakah perkara yang paling Ummi syukuri hari ini?
Ramadan dan Syawal bagi I adalah tentang silaturahim. Silaturahim kita dengan Allah, perbetulkan niat kita dalam hidup, tolong-menolong mana yang kita mampu dan tingkatkan ibadah. Sama juga dengan Raya, bagi I semuanya berkait dengan silaturahim.
Dan hal paling I syukuri dalam hidup ialah kesihatan yang baik. Alhamdulillah I dikelilingi juga orang yang baik, yang menyokong, dan ini semua tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Inilah antara kurniaan yang paling mahal dalam hidup.
