Panasnya! Penjagaan diri pun seakan ‘meronta’ mencari produk kecantikan yang mampu melindungi kulit daripada bahang cuaca panas yang semakin terik di Malaysia.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Malaysia berdepan dengan cuaca panas yang semakin terik apabila beberapa kawasan mencatatkan suhu harian melebihi 37°C (Malaysia Kini, 23 Mac 2026), sekali gus mencetuskan amaran gelombang haba oleh pihak meteorologi.
Pendedahan berpanjangan kepada sinaran matahari, haba dan kelembapan tinggi boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif, mudah dehidrasi serta cenderung menghasilkan minyak berlebihan.
Dalam situasi seperti ini, rutin kecantikan harian memerlukan sedikit penyesuaian, harus lebih ringan, lebih menyegarkan dan tentunya lebih melindungi.
7 produk kecantikan must-have untuk cuaca panas:

1. DIOR Addict Lip Glow Butter High-Shine Lip Treatment (RM180)
Bibir juga memerlukan perlindungan dan hidrasi tambahan ketika cuaca panas. Lip treatment daripada DIOR ini hadir dengan tekstur buttery gloss-balm yang memberikan kilauan lembut sambil merawat bibir yang kering akibat panas dan dehidrasi.
Formulanya diperkaya dengan peptide dan ceramide yang membantu menguatkan skin barrier serta memberikan hidrasi sehingga 24 jam. Hasilnya, bibir kelihatan lebih lembut, licin dan sedikit plump dengan sentuhan warna natural yang segar.

2. Ultra Violette Supreme Screen Hydrating Facial Skinscreen SPF 50+ (RM178)
Must-have dalam setiap tas tangan! Supreme Screen daripada Ultra Violette menawarkan perlindungan SPF 50+ sambil berfungsi sebagai pelembap dan primer dalam satu produk.
Teksturnya ringan, tidak melekit dan membantu mengekalkan hidrasi kulit sepanjang hari, menjadikannya pilihan ideal untuk cuaca lembap seperti di Malaysia. Ia juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang boleh menyebabkan penuaan pramatang serta kerosakan kulit.

3. Salt & Stone Santal & Vetiver Deodorant (RM62)
Badan berbau ketika cuaca panas? Apabila suhu meningkat, deodorant yang efektif menjadi penyelamat. Varian Santal & Vetiver daripada Salt & Stone terkenal dengan aroma woody dan earthy yang elegan serta tahan lama.
Formulanya menggunakan bahan berasaskan tumbuhan yang membantu mengawal bau badan, menjadikannya pilihan lebih lembut untuk kulit. Selain, wangian hangat santal dan vetiver memberikan sensasi segar yang sesuai untuk cuaca panas.

4. Caudalie Beauty Elixir (RM225)
Produk ikonik ini sering dianggap sebagai face mist penyegar segera yang mampu menghidupkan semula kulit ketika cuaca panas.
Diformulasikan dengan ekstrak tumbuhan seperti grape, rosemary dan mint yang membantu menyegarkan kulit, mengecilkan pori serta memberikan efek glow semula jadi. Ia boleh digunakan sebelum makeup sebagai primer, selepas solekan untuk setting, atau sepanjang hari bagi memberikan sensasi cooling pada wajah.

5. DIOR LE Baume (RM265)
Ketika cuaca panas, bahagian kulit seperti tangan, bibir dan kawasan kering juga memerlukan perhatian. DIOR Le Baume ialah multi-purpose balm yang boleh digunakan pada tangan, bibir dan badan untuk memberikan hidrasi segera.
Teksturnya kaya tetapi cepat meresap, membantu menenangkan dan melembapkan kulit tanpa rasa berminyak. Saiznya yang kompak juga menjadikannya mudah dibawa dalam beg harian.
Baca: Tip Elak Solekan Bercapuk Selepas Kunjungi Rumah Terbuka
