Bagi Millennials dan Gen Z awal, memori berlari pulang dari sekolah untuk menonton Hannah Montana masih segar di ingatan lengkap dengan aksi meniru dialog, lagu dan tarian di hadapan cermin. Impaknya terhadap generasi “Disney kid” memang sukar dinafikan. Jadi, apabila Disney mengumumkan edisi istimewa ulang tahun ke-20 bersama Miley Cyrus, elemen solekan era 2000-an itu pastinya dinanti-nantikan dan menurut saya, ia benar-benar delivered.
Kemunculan Miley Cyrus di sambutan ulang tahun ke-20 Hannah Montana bukan sekadar throwback, tetapi definisi sebenar beauty evolution. Elemen Y2K yang playful masih dikekalkan, namun kini tampil dengan sentuhan moden yang lebih sleek, minimal dan effortlessly chic. Melengkapkan transformasi, Miley turut kembali ke signature blonde ketika melangkah ke tayangan perdana di Disney+, menghidupkan semula alter ego yang pernah mencipta fenomena global.
Istimewa berdurasi satu jam ini bukan sekadar reunion biasa. Ia menampilkan temu bual eksklusif, rakaman arkib yang belum pernah ditayangkan serta lagu baharu yang membawa kembali karakter Hannah Montana ke dalam spotlight. Menurut Miley, karakter ini akan sentiasa menjadi sebahagian daripada dirinya apa yang bermula sebagai sebuah siri televisyen kini berkembang menjadi pengalaman kolektif yang membentuk hidupnya dan jutaan peminat. “Hannahversary” ini menjadi simbol penghargaan terhadap sokongan berterusan selama dua dekad, sekali gus menghidupkan semula nostalgia yang begitu dekat di hati peminat.
1. Shimmering Smoky Eyes
Untuk premiere istimewa ini, jurusolek Janice Daoud mengolah semula glam era Hannah dengan shimmering smoky eyes yang tidak lagi berat atau dramatik seperti era 2000-an, sebaliknya lebih refined, smudged dan effortlessly sexy. Menariknya, Janice Daoud turut mengelakkan penggunaan eyeliner hitam yang sinonim dengan smoky eyes. Sebaliknya, dia memilih eyeliner serta maskara coklat untuk menghasilkan definisi yang lebih lembut dan natural, memberikan sentuhan moden yang lebih wearable.
2. Bibir Glossy Nude
Jika dahulu Hannah Montana sinonim dengan lip gloss pink yang bold, kali ini Miley Cyrus tampil dengan glossy nude lips yang lebih matang. Teknik layering digunakan secara minimal dimana bibir Miley terlebih dahulu dibingkaikan dengan lip liner coklat lembut, diikuti lipstik nude dan sentuhan gloss ringan untuk efek plump yang natural. Dipadankan dengan undertone coklat-mauve berinspirasikan 90-an dan Y2K, look ini terasa lebih refined dan moden, tanpa kehilangan elemen ikoniknya.
3. Kulit Dewy
Lupakan foundation tebal, look ini menampilkan kulit yang sihat, glowing dan hampir seperti bare skin. Fokus utama adalah efek lit from within glow menerusi penggunaan base yang ringan serta sentuhan highlighter di titik tinggi wajah. Hasilnya, kulit tampak segar, radiant dan youthful, mencerminkan versi moden kepada beachy glow ikonik Hannah Montana tetapi dalam versi red carpet-ready.
4. Blush Efek Sun-Kissed
Blush menjadi elemen penting dalam melengkapkan solekan Miley Cyrus, disapu secara subtle dalam tona peachy pink untuk menghasilkan efek sun-kissed yang semula jadi. Aplikasi yang difokuskan pada bahagian pipi dan sedikit ke atas tulang pipi memberi ilusi wajah lebih segar dan lifted, tanpa nampak berlebihan. Teknik ini bukan sahaja menaikkan seri wajah, malah mengimbangi keseluruhan look yang dewy dan minimal, menjadikannya sentuhan akhir yang sempurna untuk soft glam moden yang diinspirasikan daripada Hannah Montana
5. Rambut Blonde
Kembalinya rambut blonde Miley Cyrus bukan sekadar perubahan gaya, tetapi simbol kuat kepada alter ego Hannah Montana itu sendiri. Untuk Hannahversary, Miley menukar rambut brunette kepada blonde bagi menghidupkan semula signature look ini dengan pendekatan yang lebih moden berbanding versi dahulu yang lebih wig-like, rambut kali ini tampil lebih realistik dan effortless, ia bukan sahaja nostalgic, tetapi juga selari dengan estetika kecantikan masa kini yang lebih relaxed.
Artikel Berkaitan: 7 Produk Kecantikan Must-Have Untuk Cuaca Panas



