EH! mememubual, Quentin Bisch, maestro haruman yang memberi sentuhan moden kepada haruman ikonik Dolce & Gabbana, The One yang meraikan ulang tahun ke-20 tahun ini.
Haruman ikonik Dolce & Gabbana, The One menyambut ulang tahunnya yang ke-20 tahun ini. Selepas dua dekad, label fesyen kebangaan Itali ini mengembalikan ratu pop dunia, Madonna sebagai wajah kempennya. Madonna adalah figura rasmi yang menjadi penghias kempen The One yang debut dua dekad lalu. Untuk kempen yang baharu ini, Madonna digandingkan bersama aktor Cuba, Alberto Guerra yang masyhur menerusi siri Nacos Mexico di Netflix. Kempen ini dirakamkan oleh jurugambar tersohor Mert Alas.

Dolce & Gabbana The One sudah menjadi ikon selama 20 tahun. Jadi bila diberi peluang untuk mentafsir semula haruman ini, apa maknanya buat anda sebagai seorang maestro haruman?
Sejujurnya, saya rasa sangat berbesar hati… tapi dalam masa yang sama, sedikit gementar juga. Bukan mudah untuk ‘menyentuh’ sebuah haruman yang sudah dianggap legenda. Tanggungjawab saya adalah untuk kekalkan identiti asal The One, sambil menyerlahkan lagi keindahan yang sudah ada menerusi sentuhan kecil yang lebih halus.
Bila berdepan dengan haruman yang ada legasi kuat macam ini, apa cabaran paling besar?
Cabaran utamanya adalah untuk tidak ‘mengganggu’ magis yang sudah wujud. The One masih terasa sangat moden hingga hari ini, dan itulah kekuatannya. Jadi saya hanya memperhalusi, menajamkan kontras, menambah sedikit vibrancy dan tekstur tanpa lari daripada emosi dan esen asalnya.
Macam mana anda pastikan DNA asal haruman ini kekal, tapi dalam masa sama relevan untuk sekarang?
Pendekatan saya lebih kepada enhancement, bukan transformation. Saya bekerja pada setiap lapisan haruman, tambah nuansa kecil supaya ia terasa lebih luminous dan moden, tapi masih mengekalkan signature The One yang orang kenal.
Kenapa anda rasa The One kekal timeless walaupun trend sentiasa berubah?
Sebab ia ada keseimbangan yang cantik, glamorous tapi masih mesra didekati, sensual tapi refined. Ia bukan sekadar ikut trend, tapi lebih kepada satu perasaan. Dan perasaan itu yang membuatkan ia kekal relevan untuk setiap generasi.
Bagaimana visi dan warisan Dolce & Gabbana mempengaruhi arah tuju kreatif anda?
Saya mahu haruman ini membawa rasa ringan—matahari Sicily, kehangatan, dan semangat yang berkobar-kobar. Setiap bahan memainkan peranan itu: nota atas yang cerah, sarat bunga-bungaan pada nota tengahnya, dan asas yang sensual serta menyelesakan. Semua ini sangat sinonim dengan identiti Dolce & Gabbana.
Boleh ceritakan tentang nota utama dalam edisi baharu ini?
Ia dibuka dengan ekstrak pink pepper yang memberi percikan segar dan sedikit berempah. Di bahagian tengah, ada floral bouquet dengan Jasmine Sambac yang beri tenaga dan vibrancy. Di base pula, ekstrak Vanilla Bean memberikan kehangatan dan depth. Gabungan ini menguatkan lagi elemen emosi dan sensualiti yang sinonim dengan The One.
Bagi anda, bahan mana yang jadi ‘jiwa’ haruman yang menyambut ulang tahun ini?
Jasmine Sambac. Ia memberi cahaya dan ‘gerakan’ dalam komposisi. Bila digabungkan dengan Vanilla Bean, ia melambangkan duality Dolce & Gabbana—feminin yang luminous dan sensual yang mewah. Itu sebenarnya nadi kepada The One EDP Intense.
Bagaimana haruman ini boleh menarik generasi baharu, tapi masih dekat di hati peminat lama?
Ia masih kekalkan identiti asal The One, tapi dengan tekstur yang lebih menyerlah dan moden. Generasi muda akan tertarik dengan ‘kecerahannya’ dia, sementara peminat lama masih boleh merasakan karakter asal yang mereka gemari.
Akhir sekali, apa yang anda harap orang akan rasa bila pertama kali memakainya?
The One EDP Intense meraikan gaya hidup Itali—penuh kehangatan, generosity dan sensual yang sinonim dengan Dolce & Gabbana. Ia tentang rasa yakin, diingati, dan benar-benar menjadi “The One”.




