Coachella kini bukan lagi sekadar festival muzik biasa ia telah bertukar menjadi influencer olympics di mana influencer kini berlumba-lumba mencipta pengalaman paling memorable dan shareable. Dari Indio hingga ke Palm Springs, setiap sudut padang pasir berubah menjadi playground eksklusif untuk dunia kecantikan, selebriti dan influencer. Semuanya dengan matlamat ingin mencipta momen viral.
Jika dahulu Coachella Valley Music and Arts Festival dikenali sebagai festival muzik dengan aura bohemian yang santai, kini identitinya telah berubah menjadi fenomena budaya global yang jauh lebih kompleks. Setiap tahun, ribuan pengunjung dari seluruh dunia berkumpul di padang pasir California bukan hanya untuk muzik, tetapi untuk menjadi sebahagian daripada momen yang membentuk trend fesyen hinggalah ke kecantikan dan gaya hidup.
Apa yang berlaku di luar festival grounds kini sama penting malah ada yang lebih dinanti berbanding persembahan itu sendiri. Menariknya, pengalaman Coachella tidak lagi terhad kepada pentas utama. Sepanjang festival ini berlangsung, kawasan sekitarnya turut hidup dengan pelbagai aktiviti, acara eksklusif dan pengalaman interaktif yang berlangsung dari pagi hingga malam.
1. Rhode
Rhode hadir dengan event invite-only yang memberi akses awal kepada produk baharu termasuk kolaborasi Rhode x The Biebers. Tetamu juga menikmati permainan interaktif seperti balloon pop dan claw machine, serta ruang touch-up khas bersama Sephora.

2. YSL Beauty
YSL Beauty mencipta pengalaman drive-thru yang diinspirasikan daripada budaya roadside Amerika tetapi dengan sentuhan high fashion. Aktivasi ini menampilkan beauty stations, signature looks dan juga persembahan live daripada artis seperti Miguel.

3. Poosh
Platform lifestyle Poosh oleh Kourtney Kardashian kembali dengan konsep retreat eksklusif. Menggabungkan aktiviti wellness, beauty dan hiburan dalam suasana private, ia menjadi antara jemputan paling coveted setiap tahun.
4. Urban Decay
Urban Decay tampil dengan beberapa aktivasi termasuk lounge eksklusif selepas festival. Fokus utama adalah memastikan makeup tahan sepanjang hari dengan produk seperti setting spray ikonik mereka.
5. Sugared + Bronzed
Sugared + Bronzed membuka tiny home pop-up di menawarkan spray tan dan sugaring services kepada orang ramai sehingga 25 April. Perfect untuk instant festival glow.

6. Medicube
Medicube mengadakan aktivasi terbesar mereka di Amerika Syarikat dengan gabungan pool party eksklusif dan pengalaman mencuba device skincare seperti Booster Pro di festival grounds.
7. Benefit
Benefit Cosmetics membawa signature mereka melalui konsep mobile brow experience selari dengan identiti jenama yang sinonim dengan kening sempurna. Pengunjung berpeluang mendapatkan quick brow touch-up, styling dan consultation secara on the spot!
8. E.l.f. Cosmetics
E.l.f. Cosmetics tampil dengan aktivasi penuh warna dari minuman slushie hingga gifting station dan peluang bergambar. Fokus mereka untuk mencipta kegembiraan dan shareable moments untuk Gen Z.

Artikel Berkaitan: Deretan Brand & Nama Besar Kuasai Billboard Coachella 2026








