Jika dulu Coachella dikenali dengan pentas muzik ikonik dan estetika boho yang carefree, kini menyaksikan bagaimana ruang di luar festival turut memainkan peranan besar, deretan billboard di sekitar Indio menjadi sambungan kepada pengalaman festival itu sendiri. Bukan lagi sekadar medium promosi, tetapi platform storytelling yang mencerminkan identiti artis dan jenama.
Di Coachella 2026, pengalaman festival bermula di sepanjang jalan menuju Indio, billboard yang berderet di laluan ini bukan lagi sekadar ruang iklan, tetapi telah berevolusi menjadi “pre-show” paling penting festival ini.
Sepanjang Interstate 10, setiap visual tampil seperti karya seni yang hidup, berani, sedikit chaotic dan sangat Gen Z-coded. Ia bukan hanya mempromosikan artis atau jenama, tetapi menceritakan identiti, mood dan mesej yang ingin disampaikan. Tidak hairanlah ramai menganggap billboard ini sebagai first impression sebenar, sebelum artis naik ke pentas.
EH! himpunkan deretan billboard paling mencuri perhatian di Coachella 2026 yang bukan sahaja viral, tetapi juga membentuk wajah baru festival ini.
Addison Rae
Addison Rae tampil dengan visual wajahnya pada wang kertas bernilai $1 million satu simbolik kepada dunia influencer dan obsesi terhadap populariti.
Konsep ini viral kerana ia bukan sekadar aesthetic, tetapi kritikan halus terhadap budaya digital hari ini.

Rhode Skin
Rhode Skin tampil dengan visual minimal dan kemasan sleek. Diasaskan oleh Hailey Bieber, billboard Rhode menjadi antara yang paling banyak dikongsi di internet.

Karol G
Karol G mencipta impak terbesar dengan sekitar 10 billboard berbeza di sekitar laluan ke Coachella. Setiap visual tampil berbeza, celebratory dan penuh tenaga Latin selari dengan statusnya sebagai headliner Latina pertama dalam sejarah festival.

Ethel Cain
Ethel Cain membawa pendekatan yang paling berbeza menampilkan mesej berbunyi “Go see Ethel Cain or the Devil will get you.” Dark, eerie dan sedikit unsettling namun inilah yang membuatkan ia standout di tengah visual festival.

Major Lazer
Major Lazer memilih pendekatan santai dan kelakar. Billboard mereka menggunakan reference budaya pop termasuk trend internet semasa menjadikannya antara yang paling banyak dikongsi di media sosial.

Justin Bieber
Justin Bieber tampil clean dengan promosi album Swag serta elemen visual yang subtle, termasuk rujukan kepada lagu Peaches. Tanpa visual kompleks, nama sahaja sudah cukup untuk tarik perhatian.

Redken x Sabrina Carpenter
Sabrina Carpenter tampil dengan kempen dua bahagian sleek, feminine dan sedikit provocative. Sebagai salah satu headliner utama tahun ini, billboard ini berfungsi sebagai teaser kepada persembahan paling ambitious dalam kariernya. Kolaborasi Redken bersama Sabrina Carpenter menjadikan haircare sebagai fokus utama.

KATSEYE
KATSEYE membawa visual playful dengan reference kepada lagu mereka seperti “Pinky Up” dan “Gnarly”. Ia mencerminkan positioning mereka sebagai global girl group generasi baru fun, youthful dan digital-first.

Goodwipes
Goodwipes menggunakan pendekatan humor dan copywriting berani. Dengan visual terang dan mesej yang witty, ia membuktikan bahawa personal care pun boleh jadi cool dan viral.

Artikel berkaitan: 13 Tahun Menyepi, T.O.P Kembali Membuka Dimensi Baharu
