LEPAS hadir dengan pendekatan yang lebih refined bukan sekadar mengejar prestasi, tetapi mencipta pengalaman pemanduan yang tenang, pintar dan elegan. Dan mungkin inilah masa depan sebenar mobiliti yang bukan lagi tentang siapa paling laju, tetapi siapa paling effortless.
Dalam dunia automotif yang semakin dipacu oleh inovasi elektrik, kemunculan jenama baharu sentiasa mencuri perhatian lebih-lebih lagi apabila ia datang dengan visi yang jelas dan pendekatan berbeza. Di pentas Auto China 2026, Chery Group memperkenalkan LEPAS, jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) yang tampil dengan tagline “driving your elegance.”
Debut global ini menyaksikan pelancaran dua model elektrik pertama mereka iaitu LEPAS L6 EV dan LEPAS L4 EV. Kedua-duanya dibina atas platform pintar LEX dan direka berasaskan tiga nilai utama Leopard Aesthetics, Elegant Technology dan Exquisite Space. Pendek kata, LEPAS bukan sekadar mahu menghasilkan kereta elektrik tetapi mencipta pengalaman pemanduan yang effortless, intuitif dan refined dalam setiap situasi.
LEPAS L6 EV SUV Pintar Untuk Gaya Hidup Urban Moden
Sebagai model utama dalam lineup, LEPAS L6 EV direka khusus untuk pengguna bandar dan keluarga moden yang mahukan keseimbangan antara teknologi dan keselesaan. Dari segi rekaan, ia tampil dengan siluet low-slung dan wide-body yang memberikan aura lebih sporty dan stabil. Lampu hadapan hunting eye pula menjadi signature visual yang menaikkan lagi identiti futuristik model ini.
Bahagian teknologi pula benar-benar menjadi highlight. L6 EV dilengkapi sistem pintar seperti VPD, H-NOA, Bosch IPB 2.0 serta Super AI Agent menjadikan pengalaman pemanduan lebih mudah, intuitif dan hampir seamless dari segi navigasi, parking dan kawalan kenderaan. Masuk ke dalam kabin, konsep exquisite space jelas terasa. Ruang dalaman direka untuk adapt dengan gaya hidup pengguna daripada mood santai hingga ke perjalanan harian, menjadikan kereta ini bukan sekadar kereta biasa, tetapi sebahagian daripada gaya hidup.
LEPAS L4 EV Ringan, Versatil dan Praktikal
Jika L6 EV fokus kepada keseimbangan premium, LEPAS L4 EV pula menawarkan pengalaman mobiliti yang lebih ringan dan fleksibel, sesuai untuk gaya hidup urban yang pantas. Rekaannya lebih dinamik dengan konsep hunting motion, digabungkan dengan warna badan kontras dan rim Leopard Shadow yang menjadikannya standout di jalan raya.
Dari segi prestasi, L4 EV dipacu motor elektrik 160-kW dengan sistem suspensi multi-link di bahagian belakang, memberikan pemanduan yang stabil sama ada di jalan bandar atau lebuh raya. Tambahan pula, ia hadir dengan 21 ciri ADAS serta teknologi connected car untuk pengalaman yang lebih selamat dan pintar. Untuk jarak perjalanan, model ini menawarkan sekitar 500 km dengan keupayaan pengecasan pantas cukup untuk kegunaan harian hingga ke short getaway.
Ekosistem Gaya Hidup LEPAS
Selepas debut di Beijing, LEPAS akan meneruskan momentum melalui inisiatif Global Journey of Elegant Driving ujian dunia sebenar merentasi pelbagai keadaan jalan bagi membuktikan keupayaan model mereka. Dalam masa yang sama, acara Chery International Business Summit 2026 di Wuhu bakal menjadi platform untuk rakan global dan media merasai sendiri pengalaman pemanduan LEPAS. Turut diperkenalkan ialah LEPAS Elegant Lifestyle House ruang yang memperlihatkan ekosistem penuh jenama ini, daripada produk hingga ke servis.
Artikel Berkaitan: 5 Kereta Elektrik (EV) Pilihan Gen Z, Cool & Jimat Minyak!




