Nama Karel Susanteo kini mula mencuri perhatian dalam radar digital Malaysia.
Memiliki raut wajah tampan, personaliti yang tenang serta aura “old money” yang sering menjadi perhatian di media sosial, Karel Susanteo merupakan antara figura muda Indonesia yang semakin mencuri perhatian dalam radar digital Malaysia.
Apa yang membuatkan Karel sering menjadi perhatian bukan sekadar latar belakang seni yang dimilikinya, tetapi juga imej dirinya yang dilihat matang, eksklusif dan berkelas.
Menerusi perkongsian di Instagram, Karel sering tampil dengan gaya smart casual, minimal dan clean aesthetic yang memberikan vibe “young executive” serta old money luxury yang understated.
Kenali jejaka berusia 26 tahun ini:

Bermula sebagai penyanyi muda
Nama Karel mula dikenali apabila beliau menyertai boyband Super7 pada tahun 2011, yang menjadi platform utama popularitinya dalam kalangan peminat remaja ketika itu. Namun, pada Oktober 2014, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut bagi meneroka hala tuju sendiri.
Selepas itu, Karel bergerak sebagai artis solo dan melancarkan single “Say You Love Me”, menandakan fasa baharu dalam perjalanan muziknya.

Pelakon terkenal
Selepas meninggalkan kumpulan boyband, Karel memula aktif dalam dunia filem dan sinetron Indonesia. Antara karya yang pernah membentuk perjalanan awalnya termasuk; Bersama Meraih Mimpi (2013), Jessy & 7 Sahabat (Jessy & Super7) (2013), Suka Suka Super Seven Dan Idola Cilik Dalam Habis Gelap Menuju Terang (2014) dan Tumbal: The Ritual (2014)

Keluarga seni & pertalian bakat muzik
Menariknya, Karel bukan satu-satunya dalam keluarga yang berada dalam dunia hiburan. Beliau merupakan sepupu kepada beberapa nama dalam industri muzik Indonesia.
Antaranya, Jeremy Poetiray yang dikenali melalui penglibatan dalam projek muzik kumpulan remaja serta kolaborasi pentas, serta Regina Poetiray yang aktif sebagai vokalis dengan suara yang kuat dan versatil dalam industri muzik Indonesia. Turut sama dalam aliran bakat ini ialah Rheno Poetiray yang mewakili generasi muda keluarga Poetiray dalam dunia persembahan dan muzik.
Tidak hairanlah bakat seni mengalir dalam diri Karel!

Graduan cemerlang universiti top US
Karel turut membuktikan dirinya sebagai graduan cemerlang dari salah sebuah universiti top di Amerika Syarikat. Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) di University of North Carolina at Chapel Hill – Kenan-Flagler Business School dengan pencapaian akademik yang membanggakan, termasuk CGPA 3.83 serta pengiktirafan Dean’s List dari Fall 2020 hingga Fall 2022.

Pelajar aktif kepimpinan
Tidak hanya cemerlang di dalam kelas, Karel juga aktif dalam kepimpinan organisasi seperti Vice President UNC Marketing Club, ahli UNC Business Technology Club dan Undergraduate Consulting Club, selain menyertai UNC Business BootCamp 2021.

Dunia korporat
Dari pentas hiburan ke boardroom korporat, Karel kini melangkah lebih jauh dalam dunia profesional dengan memegang jawatan penting sebagai President Director, PT Sappe Indonesia (sepenuh masa) bermula Januari 2024 hingga kini.
Baca: 7 Pasangan Selebriti Indonesia Yang Digelar ‘Power Couple’
