Menjelang lebaran yang bakal tiba nanti, sedikit tip untuk wajah kamu ketika beraya nanti supaya wajah kekal segar sepanjang hari.
Mencegah kerosakkan matahari
Jadikan amalan harian dengan menyapu krim perlindung matahari SPF minimum 15 hingga 30 perlindungan setiap hari. Jika anda tidak suka mengambil masa untuk meletakkan kedua-dua pelembap dan pelindung matahari, beli sahaja pelembap yang mengandungi pelindung matahari.
Membersih wajah
Jangan kerap membersihkan wajah kerana kulit anda akan menjadi kering.
Gambar: petuabahagia.com
Skrub wajah
Gunakan skrub wajah dua kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada wajah.
Cara hidup yang sihat
Berhenti merokok kerana tembakau membuatkan kulit kamu menjadi kusam. Amalan diet yang sihat dengan perbanyakkan makan buahan dan sayuran.