Kecenderungannya dalam bidang muzik membawa Viera-Newton memilih DJ sebagai kerjaya utama. Biarpun kehidupannya sentiasa dipenuhi dengan parti, kelab malam dan aktiviti sosial, ini tidak menghalangnya untuk menimba ilmu. Memiliki Ijazah Kaji Purba Mesir (Egyptology) dan Sains Sosial dari NYU Gallatin School menyuntik keyakinannya untuk serius dalam bidang peragaan pula. Pernah bernaung di bawah agensi Elite, Viera Newton juga sudah beberapa kali menghiasi iklan dan menjadi jurucakap beberapa jenama terkemuka. Dia juga wajah jenama Net-A-Porter dan duta produk Sebastian Professional. Ini menjadi ‘tiket’ untuk dia menerima pelbagai undangan minggu fesyen.