Setelah lebih dua dekad berada di dalam bidang pengacaraan, sekali lagi jasa penghibur serba boleh, Aznil Haji Nawawi diiktiraf. Kali ini Aznil dianugerahkan dengan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bersempena dengan Hari Wilayah Perkekutuan pada 1 Februari lalu. Anugerah tersebut turut membawa gelaran Datuk.
Aznil yang juga ‘Duta Sihat 1Malaysia’ menerima penganugerahan darjah kebesaran berserta bintang dan pingat bersama 40 yang lain di Istana Negara yang telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Gambar: twitter Datuk Aznil Hj Nawawi
Menurut Datuk Aznil, gelaran yang diberikan itu janganlah diperlekehkan kerana baginya ia merupakan pengiktirafan yang besar dan tidak wajar sekiranya ia tidak dihormati. Menurutnya lagi, gelaran tersebut memberikannya tanggungjawab besar kepada masyarakat. Tahniah Tok Nil, you deserve it!