Kalau sebelum ini Fizz Fairuz dilanda kontroversi kerana bercinta dengan orang lain tetapi akhirnya bertunang dengan orang lain, kali ini sekali lagi dia menjadi buah mulut orang kerana tunangannya itu adalah isteri orang. Azlyn Massiela, bekas tunang Fizz, dikatakan telah bernikah dengan seorang usahawan yang berusia 40an di Thailand dan merupakan isteri kedua usahawan tersebut.
Fizz yang merasa tertipu dengan hal ini terus memutuskan pertunangannya dengan wanita itu. Dia mendapat tahu mengenai hal ini daripada rakan wanita tersebut dan turut berjumpa dengan usahawan yang merupakan suami kepada bekas tunangnya. Kata Fizz, dia seperti mendapat petunjuk mengenai hal ini apabila tangannya melecur akibat terkena air panas sebelum pertunangannya berlangsung dan keretanya turut rosak ketika dalam perjalananan ke Kuantan.
Menurut Fizz, kemungkinan besar dia terkena buatan orang kerana dia merasa kehidupannya seperti diatur sejak setahun lalu dan bila tersedar dia sudah pun bertunang dengan wanita itu. Almy Nadia, pelakon yang dikaitkan dengan Fizz sebelum ini pernah menasihatinya untuk berubat. Buat masa sekarang Fizz tidak akan menjawab panggilan daripada media kerana fikirannya yang masih berserabut. Dia memohon maaf atas hal ini dan turut memohon maaf kepada Almy Nadia yang turut terluka kerana perkara ini.
Sumber: Harian Metro