Siapa yang tidak mengenali Mira Duma yang sering melangkah ke minggu fesyen dengan gaya berani yang menarik perhatian dunia. Tidak dinafikan Duma yang hanya mempunyai ketinggian lima kaki ini menjadi inspirasi wanita yang bersaiz kecil dengan gaya berlainan seperti memberi ‘statement’ setiap kali kemunculannya di majlis-majlis fesyen. Anak kepada Ahli Dewan Negara Rusia ini kerap dikelilingi nama-nama besar di dalam dunia fesyen seperti Elena Perminova dan Ulyana Sergeenko.
Mari kita lihat gaya versatil bekas pengarang Harper’s Bazaar Rusia ini yang turut menjayakan kempen iklan beg rangkaian mini terbaru daripada Louis Vuitton.
TREND FESYEN SEPANJANG ZAMAN >>
Menggayakan helaian Burberry ke pertunjukan Burberry musim luruh 2013
Padanan jumper bersama skirt corak lintang ke pementasan Chloe
Mengenakan gaun bercetak Mary Katranzou musim bunga 2013 ke sebuah majlis di Paris