Di zaman moden ini, perkahwinan bukanlah menjadi agenda utama di dalam hidup seseorang lelaki terutamanya apabila mereka mempunyai kerjaya yang stabil dan sudah mula mengumpul harta. Menurut artikel ‘Young Men Giving up On Marriage’ oleh Hillary White, lelaki merasakan wanita masa kini bukanlah ‘wanita’ lagi kerana sering menganggap lelaki sebagai pesaing utama di dalam kehidupan. Apakah ciri-ciri lelaki yang sememangnya anti dengan perkahwinan?
1. Sekiranya dia tidak pernah membicarakan soal kahwin dengan anda walaupun dengan nada bergurau, si dia memang tidak bersedia untuk berkahwin atau memang tidak mahu berkahwin.
NORA DANISH BERBICARA TENTANG PERKAHWINAN KEDUA >>
2. Sekiranya anda berdua di kelilingi oleh kanak-kanak, si dia tidak langsung mempunyai inisiatif untuk bermain atau bermesra dengan mereka.
BOLEHKAH ANDA BERCINTA DENGAN BEKAS KEKASIH KAWAN SENDIRI? >>
3. Jika diajak berjumpa dengan ibu dan bapa anda, si dia mencipta banyak alasan untuk mengelak.
WANITA YANG LELAKI CUBA ELAK >>
4. Si dia datang daripada institusi keluarga yang retak dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu dan bapa kerana hal ini.
CARA UNTUK MENJADI LEBIH DARIPADA KAWAN DENGANNYA >>
5. Si dia merahsiakan perhubungan anda berdua daripada rakan-rakan yang rapat dengannya atau ahli keluarganya dan memilih untuk mengkategorikan perhubungan anda berdua sebagai ‘open relationship.’
**Baca artikel Lelaki dan Perkahwinan oleh Hafizan Mohd di halaman 238 EH! keluaran Jun 2013.