Kadangkala, hal yang dianggap kecil seperti solekan inilah yang boleh merosakkan hari bahagia seseorang pengantin. Solekan yang keterlaluan dan tidak sesuai dengan majlis membuatkan raja sehari kurang yakin di atas pelamin sekali gus mengurangkan seri mereka di hari bahagia. Khas untuk bakal pengantin di luar sana, kami ada beberapa tip solekan ratu sehari daripada jurusolek terkemuka untuk anda jadikan rujukan.
NORA DANISH DAN IMPIAN PERKAHWINAN KEDUANYA >>
Khir Khalid
“Kini, ramai pengantin yang suka mengenakan kanta lekap berwarna. Bagi saya, ia tidak menjadi masalah sekiranya rona itu tampak asli, sesuai dengan ton kulit dan tidak keterlaluan. Penggunaan kanta lekap juga boleh berfungsi sebagai pemanis di hari persandingan.”
TAMPIL BERLAINAN KE MAJLIS PERKAHWINAN >>
Tiar Zainal
“Bagus untuk bakal pengantin yang tahu dandanan apa yang dimahukan. Tetapi selalunya stail rambut yang dimahukan tidak sesuai dengan rambut mereka yang tipis. Buat penyelidikan dan sekiranya tidak sesuai, saya akan berunding dengan mereka. Kami tidak mampu mengubah tetapi hanya mencantikkan dengan menutup kekurangan.”
KISAH SANG PUTERI DENGAN 6 DAYANGNYA >>
Zamri Zainol
“Jika mahu melakukan rawatan kulit, lakukan awal, paling lambat seminggu sebelum majlis berlangsung kerana sesetengah wajah perlukan masa untuk balik kepada keadaan normal selepas rawatan kulit.”
KESILAPAN UTAMA KERJA KAHWIN >>
Emmy Agung
“Bagi pengantin yang sudah selesa dengan penampilan mereka, jangan ubah apa-apa kerana bimbang akan tampak janggal di hari perkahwinan. Biarkan rambut anda bersih tanpa apa-apa produk rawatan rambut seperti serum dan sebagainya untuk memudahkan jurusolek mendandannya. Untuk seri wajah, jangan sekali-kali mencabut sendiri kening anda, serahkan sahaja tugas tersebut kepada mereka yang profesional.”