Jelitawan Natasha Hudson mengisi ruang Jurnal Fesyen bulan ini. Natasha kelihatan sangat manis dan tentu sekali cantik semenjak berhijab. Ternyata, dia mampu membuktikan hijab bukanlah penghalang baginya untuk tampil bergaya.
Selaku wanita berhijab, Natasha mempunyai koleksi jaket dan kardigan yang banyak. Ia penting untuk mix and match bersama pakaian lain.
Berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Gayakan helaian rona terang, busana bercorak penuh, aksesori dempak serta solekan dramatik.
Untuk ke majlis formal dan makan malam mewah, jubah dan pakaian longgar antara yang menjadi pilihan Natasha. Namun, jangan biarkan gaya di tampuk lama. Pelbagaikan cara untuk menggayakannya dan tambah aksesori.
**Jangan lupa dapatkan EH! November untuk gaya hijab dari Natasha Hudson!