Bosan dengan stail rambut yang sentiasa mengurai. Itulah gaya pergi kerja, keluar lepak sampailah pergi kenduri masih stail yang sama. Janganlah malas sangat duhai perempuan… Sanggul rambut yang ringkas sudah cukup membuatkan kamu tampil berbeza dari hari biasa. Berikut antara gaya yang boleh kamu tiru.
Gambar: latest-hairstyles.com
Sanggul romantis bertingkat
Sangat manis digayakan tatkala menghadiri majlis perkahwinan teman rapat. Bukan nak curi limelight pengantin, hanya untuk tampil kemas disaat meraikan hari bahagia raja sehari.
Gambar: latest-hairstyles.com
Waterfall French braid bun
Tocang air terjun ni sangat popular sekarang ini. Kamu akan kelihatan sangat kemas apabila sanggul dirapikan dengan tocang.
Gambar: latest-hairstyles.com
Sanggul sisi
Elegan! Sesuai digayakan ke jemputan majlis di hotel. Sangat mudah dan tentu sekali manis.