Pengilat kuku atau nail polish sangat sinonim penggunaannya untuk menata rias kuku mengikut warna serta fesyen yang kita kehendaki. Apa lagi kegunaan lain yang boleh kamu manfaatkan dari hanya sebotol pengilat kuku selain dicalitkan ke kuku?
Gambar: instructables.com
Label Pada Botol
Menghalang label pada botol shampu atau apa saja botol yang kamu labelkan dari pudar.
Gambar: instructables.com
Pelekat Sampul Surat
Rimas dengan cecair lebihan gam tiap kali ingin menutup sampul surat? Gunakan pengilat kuku tanpa warna sebagai ganti.
Gambar: instructables.com
Memasukkan Benang
Boleh makan masa yang lama walau sekadar untuk memasukkan benang kedalam jarum sahaja! Celupkan hujung benang pada pengilat kuku tanpa warna, biarkan seketika. Hujung benang akan mengeras dan memudahkan untuk dimasukkan kedalam jarum.
Gambar: instructables.com
Memelihara Aksesori
Sapuan pengilat kuku tanpa warna boleh melambatkan proses pengaratan pada aksesori fesyen kamu. Salah satu cara untuk memelihara aksesori dari pudar warnanya.
Gambar: instructables.com
Mematikan Hujung Benang
Tak perlu lagi bakar hujung benang yang terkeluar pada pakaian. Matikan benang yang berlebihan dengan pengilat kuku tanpa warna. Benang tidak akan mudah tertarik.
Gambar: instructables.com
Mengetatkan Skru
Selain dari plaster putih yang digunakan untuk mengetatkan skru kamu juga boleh menyapu pengilat kuku pada lingkaran skru dan dibiarkan seketika. Ia boleh membantu untuk mengetatkan skru dalam masa terdesak.
Gambar: instructables.com
Kod Warna Pada Barang
Gunakan pengilat kuku yang berbeza warnanya untuk menandakan barang-barang kamu. Contohnya seperti kunci rumah. Berikan kod warna untuk setiap kunci yang berbeza supaya kamu tidak tersalah mengambil kunci untuk membuka pintu pagar!
Gambar: instructables.com
Tanda Aras / Pengukur
Pengilat kuku juga boleh digunakan sebagai tanda pada bekas minuman atau botol lutsinar. Memudahkan kamu untuk mengisi cecair dengan tidak melebihi sukatan yang sepatutnya.
Gambar: instructables.com
Elak Pengaratan Pada Botol Metal
Sapuan pengilat kuku dapat mengelakkan dari botol metal yang disimpan didalam bilik mandi dari berkarat. Contohnya, botol krim cukur abang.