Gambar: torange.us
Barangkali ramai tidak menyedari bahawa mereka mampu untuk berjimat dengan melakukan perkara paling asas dalam hidup seperti berikut:
Tutup suis jika tidak digunakan
Suis yang terbuka menyebabkan perkhidmatannya tetap dicaj secara berterusan. Hanya buka suis yang anda perlukan sahaja.
Rancang menu harian
Dengan mengetahui awal apa yang ingin dimasak, anda mengelakkan diri daripada membeli barang mentah yang tidak digunakan kerana ia cepat rosak dan tidak bertahan lama.
Periksa tayar kereta
Tidak perlu meminta mekanik untuk memeriksa tayar untuk anda. Periksa kadar angin kerana tayar yang lembik menyebabkan penggunaan minyak kereta yang lebih tinggi. Ia juga bagi mengelakkan tiub di dalam tayar mudah rosak.
Ketahui apa yang ada di dalam almari
Dengan mengenalpasti busana apa yang anda miliki, ia mengelakkan anda membeli barangan yang sama. Selain itu, anda boleh membeli pakaian yang boleh dipadankan dengannya dari segi rona mahupun corak berlainan.