Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: American Horror Story
Musim baru American Horror Story yang bakal ditayangkan tidak lama lagi pastinya membangkitkan keterujaan peminat siri televisyen tersebut. Terkenal dengan jalan cerita yang penuh mesej serta menakutkan, siri tersebut mendapat sambutan yang amat hebat baik dari penonton mahupun pengkritik. Musim-musim sebelumnya sejak 2011 ditampilkan dengan jalan cerita yang berbeza bermula dengan Murder House, Asylum, Coven dan akan datang Freak Show. Tambahan pula, barisan pelakon ternama mewarnai karakter yang diketengahkan dan juga mengangkat kredibiliti siri ini menjadi lebih mengujakan.
American Horror Story musim lalu yang berjudul Coven mengangkat tema ahli sihir di New Orleans. Teknik kesan khas banyak digunakan bagi membangkitkan lagi mood magis serta jahat yang menjadi paksi utama siri itu. Lakonan hebat dari tunjang utama menyerlahkan lagi nada seram dan seterusnya memberi kesan mendalam kepada penonton. Semua itu diperhebatkan lagi dengan fesyen yang dipakai oleh setiap karakter dalam siri tersebut. Bagaikan sebuah filem fesyen, setiap karakter ditonjolkan dengan gaya berbeza dari full on glam sehinggalah ke hippy chic.
1. Myrtle Snow – Obsesi couture
Karakter bernama Myrtle Snow ini merupakan peminat tegar couture. Sering menyebut jenama besar seperti Balenciaga dan Chanel, dia turut mengakui bahawa bekas kekasihnya beralih arah dari percintaan mereka dan mengahwini pereka fesyen Diane Von Furstenberg. Imejnya dikatakan diambil inspirasi dari pengarah kreatif Vogue iaitu Grace Coddington. Lihat sahaja rambut merah menyala serta kaca mata cat eye nya.
2. Fiona Goode – Full On Glam
Merupakan ketua kepada kumpulan ahli sihir dan mempunyai kuasa sihir yang tiada tandingan, Fiona Goode yang dilakonkan oleh aktres Jessica Lange ini sukakan kehidupan mewah penuh glamor. Sering tampil dengan pakaian rona hitam, dia ibarat diva penuh misteri.
3. Marie Laveau – Playful Colors
Digelar voodoo queen, karakter ini diinspirasikan dari figura sebenar yang hidup pada tahun 1800 di New Orleans. Sering tampil dengan pakaian bermotif cetakan serta padanan aksesori yang sarat seperti rantai dan anting-anting yang besar, gaya Marie Laveau yang penuh dengan warna menyuntikkan elemen fun. Namun pabila dia menjalankan upacara ritualnya, dia tampil berbeza dengan gaun labuh putih tetapi masih mengekalkan elemen warna pada turbannya.
4. Madison Montgomery – Movie Star Glam
Hanya memakai designer brand, Madison Montgomery merupakan seorang movie star di dalam siri ini. Jaket berbulu adalah antara must-have item dalam gayanya. Kerana statusnya sebagai bintang filem muda dan party girl, her look are always over the top and fun!
5. Misty Day- Hippie Chic
Seorang yang berkelakuan aneh, gaya Misty Day diinspirasikan dari penyanyi pop rock Stevie Nicks pada tahun 70an. Kunci kepada gayanya adalah pakaian yang memberikan gerakan alunan seperti gaun labuh, skarf, outerwear dan fringe.
Musim baru siri ini dengan tajuk Freak Show yang akan ditayangkan pada Oktober nanti mengetengahkan tema berbeza pula iaitu sarkas pada tahun 50-an. Sudah tentu lebih banyak fesyen momen yang akan ditontonkan bila ia ditayangkan nanti.