Lagu yang menjuarai Lagu Terbaik pada AIM 2000 ini telah dilahirkan semula oleh Afgan dengan membawa semula mesej harapan baru dalam klip videonya mengenai bekas banduan yang bertarung dengan stigma masyarakat. Lagu dendangan asal dan juga lirik nukilan Datuk Sheila Majid dalam albumnya pada 1999 ini cukup bermakna bagi sesiapa saja yang mendengar lagu ini mengenai mencari kekuatan diri dan sentiasa bersyukur atas rahmatNya.
EH! satukan kedua versi Datuk Sheila dan juga klip video dendangan Afgan untuk tatapan anda.
Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati… kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu… Ooh…
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku