Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: TPGVIP
Waktu hujung minggu sememangnya digunakan untuk bersantai bersama ahli keluarga atau melakukan aktiviti yang meringankan minda. Setelah penat menyarung pakaian formal di waktu kerja, pemilihan pakaian pada hari minggu kebiasaannya bersifat santai dan kasual. EH! cadangkan anda untuk mencuba boyfriend jeans.
Boyfriend jeans atau baggy jeans adalah seluar jeans bersaiz besar yang kebiasaannya dipakai oleh kaum lelaki. Kebanyakan wanita takut untuk mencuba jeans jenis ini kerana bimbang akan tampak selekeh. Namun ianya bukanlah suatu masalah jika dipadankan dengan ceraian yang betul. Bahkan ianya mampu membuatkan anda tampil chic serta bergaya. Boyfriend jeans bukan sahaja boleh digayakan santai, tetapi juga sesuai untuk dipakai di acara formal seperti business meeting. Caranya? Padankan dengan blazer serta kasut tumit tinggi, and you are good to go! EH! himpunkan gambar dari Gwen Stefani yang menggayakan jeans ini agar memberi inspirasi kepada anda untuk mencubanya.